Lelaki ini memiliki koleksi Nissan Skyline GT-R yang tidak pernah anda boleh bayangkan

41

Mahu memiliki sebuah Nissan Skyline GT-R boleh diibaratkan satu mimpi buat peminat peminat kereta di Malaysia atau pun di luar negara.

Malah untuk memiliki kenderaan ini, anda seharusnya memiliki wang tunai. Ini kerana kebanyakkan model itu sudah tidak boleh dibeli melalui pinjaman bank dan perlu membayar ‘cash’.

Namun lain pula cerita seorang lelaki di England ini, ia sememangnya peminat kenderaan pacuan empat roda turbocharged atau lebih dikenali sebagai Godzilla.

Bayangkan setiap inci ruang bangunan dipenuhi dengan Nissan Skyline GT-R dan itulah minatnya, Richard Wheeler terhadap jentera Godzilla.

Pada mulanya, Richard memiliki Skoda Fabia vRS yang diubah suai dan menukarnya kepada Nissan R35 GT-R. Di situlah bermula, mengumpul jentera GT-R.

Selain R35, ia mahu kenderaan yang kelihatan sedikit ‘old skool’ dengan gear manual dan membeli R32 GT-R. Ia sebuah jentera yang masih lagi standard dan dibuat untuk pemanduan harian.

Jom Baca:   Nissan Versa 2020 didedahkan – Almera generasi terbaharu

Pada masa sama, ia juga memiliki Nissan Skyline M-Spec R34 GT-R dan jentera itu boleh dikatakan sangat unik.

Banyak kenderaan yang dimilikinya juga tidak dibiar standard. Satu daripada R32 yang dimilikinya diubah suai bagi meningkatkan prestasi dari 320bhp kepada 600bhp.

Jentera itu turut menjalani modifikasi sistem brek, suspensi dan gear dinaik taraf, tetapi penampilan luaran masih lagi standard.

Koleksinya tidak terhenti di situ apabila ia membeli R34 biru yang mana ia kondisinya dibiarkan standard dengan enjin 2.6 liter. 

Jentera itu adalah kereta talaan Nismo yang mana semua komponennya dibekalkan oleh rangkaian sukan permotoran rasmi Nissan.

Boleh dikatakan, Richard ini sememang gila terhadap jentera yang dikenali Godzilla dan ia memang memiliki citarasa unik.

Sila like page Facebook kami motoqar.my untuk mengetahui info automotif tempatan dan global. 

Komen anda mungkin membantu