Di Anugerahkan Kecemerlangan dalam Anugerah Sukan -Hafiz Syahrin

84

Pelumba MotoGP Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah telah dianugerahkan Anugerah Darjah Kebesaran Bintang Kegemilangan Sukan (Anugerah Kecemerlangan Sukan). Walau bagaimanapun, anugerah itu tidak membawa gelaran “Dato.”

Anugerah itu disampaikan oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke 73 baginda di Istana Alam Shah,Klang.

Hafizh Syahrin pelumba MotoGP sepenuh masa pertama negara dipilih untuk menyertai pasukan MotoGP Monster Tech3 Yamaha tahun ini.

Hafiz akan bersama dengan  KTM RC16 tahun depan berikutan perpindahan Tech3 ke kem baru.

Sejarah permulaan hafizh bermula dengan poket bike. Eksploitasi beliau menghasilkan gelaran “King of Pocket Bikes.” Peningkatan ke perlumbaan Cub Prix telah melonjakkan nama beliau untuk maju ke depan sehinggalah terpilih untuk siri CEV,maka bermulalah kariernya di peringkat antarabangsa yang memaksa hafiz berpindah ke Sepanyol.

Di sana bermulanya gelaran “El Pescao”. Gelaran “Pescao” bermaksud “ikan” dalam bahasa Sepanyol sebagai penunggang yang sentiasa unggul semasa perlumbaan di litar basah.

Sila like page Facebook kami motoqar.my untuk mengetahui info automotif tempatan dan global.

Komen anda mungkin membantu