Bulan disember adalah bulan yang di tunggu-tungu oleh peminat 2 roda di Borneo.Apa yang istimewa di bulan ini?

Buat pertama kalinya “motoqar” diberi kepercayaan untuk terbang ke Sibu membuat liputan acara perkumpulan motosikal terbesar di Borneo. Sibu Bike Week saban tahun di minggu pertama bulan disember menjadi tumpuan pecinta 2 roda di Borneo.

Acara ini menjadi satu kemestian kepada peminat motosikal untuk hadir,majoriti pengunjung yang hadir bersetuju,iaitu acara Sibu Bike Week sememangnya tiada tandingan di Borneo.

Kami yang berpengalaman membuat liputan ke seluruh pelusuk tanah air khasnya acara perkumpulan motosikal,bersetuju dengan jawapan dari pengunjung yang pernah ke acara tersebut.Jelas dengan penambahbaikan acara, menyaksikan peningkatan pengunjung saban tahun .

Maklumat yang kami terima,pada 2017 kehadiran pengunjung mencecah 55,000. Satu rekod yang tidak pernah di cipta oleh mana-mana acara permotoran di Borneo sebelum ini.

Sejarah tercatat yang mana Sibu Bike Week telah berjaya mengheret pemilik motosikal dari Singapura.Thailand,Indonesia, Filipina serta ahli kelab motosikal dari Kemboja,Vietnam dan Jerman memijakkan kaki ke bumi Sibu.

Membuktikan acara ini adalah destinasi pelancongan yang perlu digilap dan pihak yang berwajip tidak boleh terlepas pandang.

Ibarat kata rezeki di kongsi bersama, pihak pelancongan Negeri Sarawak dalam mempromosi Tahun Melawat Sarawak 2019, semestinya sudah mengenal pasti lokasi yang menjadi tumpuan pelancong ke Negeri Sarawak.

Pujian dan ucapan terima kasih harus diberikan kepada Razak dan Helen serta ahli kelab Razz Chopper. Suami isteri yang tidak mengenal penat lelah.Kami di fahamkan hampir 5 tahun hanya sejumlah kecil bantuan “dana” bagi menjayakan Sibu BikeWeek.

Pemilik hotel,gerai makanan serta kedai cenderamata dan juga penjual hasil bumi di pasar Sibu seperti mendapat durian runtuh hasil dari acara tersebut. Jadi tidaklah sia-sia usaha penganjur Sibu Bike Week mengadakan acara disamping membantu peniaga tempatan menjana ekonomi.

Kini masuk tahun ke 8 SIBU BIKE WEEK, sudah seharusnya acara tahunan ini di masukkan ke dalam kalendar pelancongan negeri Sarawak.Sokongan dari kerajaan negeri bagi menjayakan acara yang dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa ini amat dialu-alukan.

 

 

Apa kata anda?

avatar