Juara dunia Formula 1 lima kali , Lewis Hamilton mengalami kecederaan kecil tetapi tidak memudaratkan ketika dia mengambil bahagian dalam trek Superbike di Jerez pada hari Sabtu.

Hamilton menunggang motosikal Yamaha YZF-R1 hitam yang memaparkan pelekat dengan nombor 44 dalam ujian persendirian yang dianjurkan oleh Kejohanan Superbike Pata Yamaha World dan British track day No Limits.

Pemandu Mercedes F1 itu difahamkan telah terhempas di Turn 7 tetapi dia bangun semula dari tempat kejadian tanpa kecederaan yang serius.

Hamilton sememangnya mengaku dia peminat MotoGP dan menjadi duta untuk jenama motosikal MV Augusta tahun lepas, termasuk mendapatkan motosikal edisi khasnya yang digelar F4 LH 44.

 

Apa kata anda?

avatar