Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, yang turut sama menyertai Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS 18) tidak ketinggalan dalam memperkenalkan 3 model baru jenama benelli bagi pasaran 2019.

Tiga model terkini ialah, Leoncino 250, TRK251 and 502C.

Benelli 502C

Benelli 502C didatangkan dengan reka bentuk yang lebih agresif. Benelli 502C adalah cruiser bandar.  Ini adalah satu revolusi yang baru di Benelli, kerana telah melancarkan model jenis cruiser  dalam bentuk “naked bike.” 

Reka bentuk yang lebih kontemporari. Model 502C dilengkapi selinder berkembar empat-stroke yang selari, penyejuk cecair dengan 4 injap setiap silinder dan double overhead camshaft bagi menawarkan penggunaan kuasa yang lancar dan pengunaan bahan api yang optimum. Kuasa maksima adalah 47.6hp (35kW) pada 8500rpm dan tork adalah 45Nm (3.6kgm) pada 5000rpm.

Benelli 502C akan berada di pasaran mulai pertengahan tahun 2019.

Benelli Leoncino250

Benelli Leoncino 250 adalah motosikal kompak yang antik dan menjadikannya lebih komtemporari dengan  satu silinder sebaris dengan model Leoncino yang lain. Benelli 250cc adalah rekaan yang tersendiri mewakili gaya dan konsep asal dari sejarah keluarga Pasero. Dengan penuh inovasi dan tradisi jenama klasik motosikal ini direka semula dengan penuh gaya Moden.

Leoncino 250 dengan enjin  4 lejang penyejuk cecair yang berkuasa 250cc sebaris dengan motosikal Benelli yang lain. Timing enjin bercirikan double overhead camshaft (DOCH) dengan 4 injap 1 silinder, minyak suntikan electronic dengan 37mm diameter throttle body, klac basahan minyak dan kotak gear 6 kelajuan. Dengan tork 21Nm(2.14kgm) pada 9000rpm dan 26.8hp pada 10500rpm memberikan kuasa yang maksimum.

Benelli Leoncino adalah ungkapan gaya, Rangka direka untuk menyesuaikan pemasangan dengan reka bentuk tangki minyak Benelli Leoncino 250, memberikan tunggangan yang seimbang dan dinamik. Ia dilengkapi lampu besar hadapan yang penuh dengan LED berbanding dengan Leoncino500 bagi menampakkan bentuk yang elegan dan moden.

Leoncino 250 dijangka berada di pasaran bermula pertengahan tahun 2019.

Benelli TRK251

Benelli TRK 251 adalah Sebuah motosikal yang direka untuk pengembaraan .Ia adalah sebuah motosikal 250cc yang mudah di tunggangi dan lincah dan mampu mengambil laluan sukar walaupun anda adalah penunggang yang baru. Direka untuk penunggang baru dan muda yang masih boleh menggunakan lesen B2 dengan kapasiti enjin 250 cc.

Berenjinkan satu silinder 4 lejang penyejuk cecair yang beranjakan 250cc. Timing enjin bercirikan double overhead camshaft (DOCH) dengan 4 injap 1 silinder, minyak suntikan electronic dengan 37mm diameter throttle body, klac mandian minyak dan kotak gear 6 kelajuan. Tork dan kuasa maksima adalah 21Nm(2.14kgm) pada 9000rpm dan 26.8hp  pada 10500rpm.

Benelli TRK 251 dijangka akan berada di pasaran di pertengahan tahun 2019.

 

 

Apa kata anda?

avatar