Konsep Rali – Honda CRF450L Baru

108

Honda telah menarik minat peminat tegar off road dengan memperkenalkan motosikal konsep Rali CRF450L baru. Model ini di pertontonkan di pameran Eicma di Milan.

Konsep Rali ini mempunyai dua tangki bahan bakar berkapasiti 18 liter.Rali CRF450L, dianggap sebagai jentera persaingan jarak jauh yang mampu bertahan, walaupun jadual servisnya setiap 1000km (atau sekitar 600 batu).

Model ini berbeza dari model untuk perlumbaan Rali, di mana model keluaran Honda untuk perlumbaan rali mempunyai dua tangki bahan bakar tambahan ke arah belakang.

Sementara model ini dibekalkan kotak untuk peralatan pelbagai guna.Sistem ekzos Termignoni mengekalkan beberapa aspek Rali Dakar.

Di samping itu, terdapat ruang untuk sistem Sentinel dalam suis gear (satu unit yang digunakan untuk memberi amaran kepada pelumba Rali Dakar tentang bahaya) .

Skrin TFT yang besar, berperanan memberi panduan dan cadangan kepada penunggang bagi meningkatkan potensi semasa perlumbaan rali.

Cermin, petunjuk dan hon tersedia untuk menunggang di jalanraya. Honda CRF 450L ini di kategorikan 2 dalam 1, iaitu off road dan jugak jalanraya.

 

Komen anda mungkin membantu