[Video] SSC uji enjin jentera Tuatara 1,750hp

0
Enjin Tuatara
 
IKLAN

SSC North America merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan supercar kustom dan mereka kini menguji enjin yang diguna pada SSC Tuatara.

Jentera yang pernah memegang gelaran kereta paling pantas di dunia ini dibina oleh Jason Castriota yang merupakan bekas pereka bentuk Pininfarina.

Sebelum ini Castriota pernah membina jentera hebat seperti Ferrari P4/5 dan model konsep Maserati Birdcage 75th.

 
IKLAN
SSC Tuatara

SSC Tuatara sudah pun diperkenalkan tujuh tahun yang lalu dan kini mereka ingin mendedahkan Tuatara yang lebih hebat berbanding dahulu.

Ini kerana beberapa perubahan dan penambahbaikan telah dilakukan kepada jentera hebat ini.

Tuatara ini masih menggunakan enjin V8 turbo berkembar namun ia ditukar daripada 7.0 liter kepada 5.9liter.

Enjin Tuatara

Perubahan itu menyebabkan kuasanya berubah kepada 1,350hp dengan 8,800 rpm namun ia melonjak kepada 1,750hp dengan penggunaan minyak E85.

Ia menggunakan transmisi manual dengan 7-kelajuan dan terletak ditengah casis gentian karbon yang digunakan jentera itu.

Tayar dan badan yang digunakan juga diperbuat daripada gentian karbon yang dapat membantu meringankan berat badan Tuatara.

Seterusnya dapat membantu prestasi dan berikan lebih kelajuan kepada jentera itu.

SSC Tuatara

Jentera itu mampu bergerak laju dengan mencecah 0-97 kilometer sejam (km/j) dalam 2.5 saat.

Tidak dapat dipastikan kelajuan sebenar hypercar itu namun SSC ingin meningkatkan prestasi kelajuan jentera itu dan ingin capai kelajuan 483 km/j.

Video ini tidak berikan maklumat baru tentang SSC Tuatara namun ia dapat beri gambaran tentang kelajuan hypercar ini dan bunyi yang dihasilkannya.

Apa kata anda?

avatar