Mudah dan Unik – Adiva AD3 400

40

Adiva AD3 400,  motosikal roda tiga yang terbaru ,kini berada di pasaran Malaysia. Adiva Distribution (M) Sdn Bhd adalah pengedar yang sah untuk Adiva 3 roda di pasaran Malaysia.

Motoqar pernah menyiarkan tentang pelancaran yang akan diadakan dan seperti yang kami janjikan,di sini kami akan memberikan butiran tentang motosikal roda tiga terkini di negara kita.

AD3 400 menjadi model pertama jenama Adiva dilancarkan dan diperkenalkan di pasaran negara kita. Adiva AD3 400 memberi pengalaman menunggang yang berbeza kepada peminat 2 roda,samaada menunggang untuk jarak jauh atau di dalam bandar.

 

Dengan  keupayaan dan reka bentuk yang unggul, motosikal ini amat sesuai kepada mereka yang sentiasa bergaya dan segak ke pejabat serta tidak ketinggalan juga buat  wanita yang berulang alik menunggang motosikal ke tempat kerja.

Ciri-ciri Adiva AD3-400:

Keseronokan  

1.Gaya Itali – Mudah, namun unik. Lebih agresif dan Anda tidak akan melupakan reka bentuk yang mengagumkan.

Jom Baca:   Moto Guzzi lancarkan V9 Bobber Sport

2.Kecantikan Yang Sempurna – Dail analog dual adalah sebahagian daripada gaya klasik.

3.Mudah di kawal dengan kawalan lengkap – Pengendalian untuk perjalanan jauh dengan mudah, tindak balas enjin yang baik serta pengendalian lincah.

Keselesaan 

1.Melindungi penunggang – grip pengendalian yang selesa. skrin depan besar menawarkan perlindungan UV dan melindungi penunggang dari hujan, angin dan percikan batu dari kenderaan hadapan.

2.Perlindungan cuaca – bumbung standard menawarkan perlindungan dari hujan, sejuk dan  sinaran matahari. Bumbung boleh dilipat dan disimpan di dalam ruang bagasi terdapat di belakang.

3. Tempat duduk seperti sofa terbang – tandem dengan gaya’bucket seat’. Keselesaan dan tempat duduk yang lebar.

4.Ruang Bagasi –  ruang berkapasiti 90L boleh menampung dua topi keledar, riding gear dan beg.

 Mudah

1.Pengalaman baru mengatasi 2 roda dan 4 roda – keseronokan dan kesederhanaan sebuah motosikal dan keselamatan dan keselesaan seperti sebuah kereta.

2.Seperti sebuah kereta sport – roda aliminium adalah standard. Brek  kaliper  merah dari dalam roda menambah kesan sporty.

Jom Baca:   Apa istimewanya nombor 55 bagi Hafizh Syahrin

Harga yang di tawarkan ialah RM 38,800 (tanpa Insuran,Cukai jalan dan yuran pendaftaran). Bagi Adiva AD3 dengan sport rim tambahan sebanyak RM 1,600.

 

Galeri

 

Komen anda mungkin membantu