Triton 2019 lebih agresif – tempahan kini dibuka

0
 
IKLAN

Triton baharu di pamerkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 buat pertama kalinya oleh pengedar sah Mitsubishi Motors Malaysia(MMM).

Tempah trak pikap yang dijual dengan anggaran harga  RM100,000 sehingga RM140,000 itu sudah dibuka.

 
IKLAN

Lima varian Triton ditawarkan dan ia dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada tahun hadapan.

Jentera ini  dilengkapi dengan enjin 2.4L MIVEC turbo diesel dengan teknologi Variable Geometri Turbo (VGT). Enjin itu menyalurkan kuasa sebanyak 178hp dan tork 430Nm.

Ia kini diperbaharui dengan kotak gear transmisi automatik enam kelajuan yang menjadikan pemanduannya lebih lancar dan menjimatkan.

Didorong oleh sistem Super Select 4WD II dengan mod off-road Triton baharu ini menyumbang kepada pemanduan yang lebih berkuasa dan lebih lancar di atas semua jenis permukaan jalan.

Reka bentuk Triton kali ini menerapkan ciri Rock Solid yang menyerlahkan bahagian depannya dengan rekaan Dynamic Shield. Rekaan ini menjadikan rupa bahagian depan jentera tampak lebih garang.

Baca:   Honda HR-V lebih bergaya dan 'sporty'

Pada bahagian dalamnya pula, ia direka untuk tampak lebih moden dan lasak dengan susun atur suis panel yang ergonomik.

Bagi ciri keselamatan pula, ia dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih seperti Forward Collision Mitigation (FCM), Ultrasonic Misacceleration Mitigation System (UMS)  Rear Cross Traffic Alert (RCTA),Blind Spot Warning with Lane Change Assist (BSW with LCA) dan Auto High Beam (AHB).

Apa kata anda?

avatar