Penampilan istimewa PROTON X70 di KLIMS

0
 
IKLAN

PROTON membuat penampilan umum bagi kereta utiliti sukan (SUV) pertamanya iaitu X70 di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018.

Acara itu diadakan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur.

KLIMS dibuka kepada orang awam bermula 23 November sehingga 2 Disember akan datang dan pengunjung dijemput untuk melihat X70 dengan lebih dekat.

Ini bukanlah kali pertama X70 dipertontonkan kepada orang ramai namun semua aktiviti sebelum ini hanya untuk tetamu jemputan dalam satu majlis tertutup.

Oleh itu, ini merupakan kali pertama model itu dipertontonkan kepada orang ramai yang mengunjung KLIMS.

Ini merupakan peluang para pengunjung untuk lihat dengan lebih dekat bahagian luaran dan dalaman model terbaru itu.

Rasai Pengalaman Unik Teknologi X70

Sebanyak lima unit SUV X70 diperlihatkan di pameran itu dan PROTON juga menyediakan satu ruang khas untuk pengunjung. Pengunjung boleh merasai pengalaman unik teknologi dan kelengkapan yang dipasang pada jentera itu. 

Baca:   Petronas Lubricants akan membekal minyak pelincir model-model baharu Proton

Antaranya beberapa panel paparan skrin sentuh yang ada pada bahagian dalaman Proton X70 juga disediakan supaya pengunjung mengetahui cara penggunaan skrin itu.

Yang paling menarik, pengunjung juga boleh mencuba sendiri kecanggihan sistem arahan suara yang terdapat pada X70 itu.

Selain daripada itu, pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman menggunakan sistem bantuan pemandu tanpa perlu memandu uji jentera itu.

Ruangan Realiti Maya (VR) akan menunjukkan cara sistem berfungsi seperti Program Kestabilan Elektronik (ESP) dan Brek Kecemasan Berautonomi (AEB) dengan Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW).

Ia memberikan perasaan sebenar yang akan dirasakan pemandu apabila sistem-sistem tersebut diaktifkan.

PROTON juga telah mengumumkan 12 Disember 2018 sebagai tarikh pelancaran SUV X70. Pelancaran itu akan diadakan di di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Majlis dijangka menjadi pengenalan hebat bagi model terbaharu Proton itu. Ini kerana syarikat ingin menamatkan tahun 2018 dengan satu catatan yang tinggi sebelum memulakan 2019 dengan kedudukan yang kukuh.

Apa kata anda?

avatar