Ford Mustang ‘Facelift’ dipamer di KLIMS

0
 
IKLAN

Ford Mustang Facelift 10 kelajuan merupakan salah satu jentera yang ditayangkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018.

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) turut melancarkan Ford Ranger Rapter di KLIMS itu.

SDAC pengumumkan pembukaan tempahan Ford Mustang Facelift bagi pasaran tempatan dan dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan.

 
IKLAN
Ford Mustang Facelift

Jentera hebat ini menggunakan  enjin 2.3 liter EcoBoost dan 5.0L V8  sama seperti model terdahulu.

Namun kuasanya dipertingkatkan dengan penggunaan sistem suntikan terus tekanan tinggi berkembar dan port suntikan minyak tekanan rendah yang baru bagi enjin V8.

Kuasa bagi enjin 2.3L EcoBoost masih sama seperti model terdahulu iaitu 310 PS tetapi tork dipertingkatkan kepada 447 Nm.

Yang menarik tentang model ini ialah kedua-dua varian menggunakan kotak gear termaju Ford.

Ia merupakan sistem transmisi 10 kelajuan automatik dengan Paddle Shifters bagi menggantikan SelectShift enam kelajuan jenama ZF.

Baca:   Hyundai Santa Fe Generasi ke-4

Ford Mustang Facelift hadir dengan ciri baharu yang jadikan ia kelihatan lebih menarik. Antara penambahbaikan pada penampilannya ialah ia hadir dengan jeriji, bampar, bonet dan dapra sentuhan baharu pada bahagian hadapan.

Lampu siangnya pula dilengkapi dengan lampu LED sepenuhnya pada bahagian hadapan.

Manakala pada bahagian belakang pula ia turut dilengkapi dengan lampu LED baharu dan didatangkan diffuser hitam.

Bagi bahagian dalaman pula, ia kini dilengkapi dengan ciri premium serta skrin lapan inci dengan sistem infotainmen Sync 3.

Selain itu ia juga dilengkapi dengan kluster instrumen digital 12 inci yang mana paparan itu boleh berubah mengikut mod pemanduan. Mod pemanduan yang disertakan adalah seperti Normal, Sport, Track dan MyMode.

Walaupun ia dijangkakan akan dilancarkan pada tahun hadapan, namun harga Ford Mustang Facelift masih dirahsiakan.

Apa kata anda?

avatar