Cantik Honda CBR1000RR FIREBLADE 2019

0
 
IKLAN

CBR1000RR Fireblade 2019 di pertontonkan pertama kalinya kepada media di Kuala Lumpur International Motor Show ’18 (KLIMS’18) bertempat di Pusat Perdagagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC). Model ternyata cukup cantik dan nampak agresif, mampu menyaingi model Superbike terkini di pasaran.

Motoqar dapat merasakan model ini akan menjadi salah satu pilihan peminat Superbike di Malaysia.Berkonsepkan “Next Stage Total control”,  dapat dilihat model ini berprinsipkan “Kuasa Kepada Berat.”

 
IKLAN

Setiap sudut badan dan kerangka model ini telah di kaji secara terperinci oleh Honda, sebelum ujudnya superbike yang  aerodinamik. Dengan berat 196kg, CBR1000RR Fireblade menyajikan kawalan sepenuhnya kepada penunggang dengan prestasi yang pantas dan stabil.

Enjin empat lejang 16 injap DOHC , sistem penyejukan cecair berkapasiti 999cc mampu menjana kuasa 189hp pada 13,000rpm dan tork 114Nm pada 11,000rpm.

Model dengan teknologi termaju Honda seperti HSTC, Selectable Engine Brake (SEB), ABS, pilihan Quickshifter dengan Downshift Assist, Power Selector, suspensi Showa boleh laras sepenuhnya dan Honda Electronic Steering Damper (HESD) menawarkan tunggangan dan pengendalian luar biasa.

CBR1000RR Fireblade dengan Riding Mode Select System (RMSS) serta mesra pengguna.

Terdapat tiga mode dengan kombinasi HSTC, kuasa enjin dan tahap brek enjin yang berbeza. Mod itu ialah “Fast” untuk litar, mod “Fun” untuk jalan beliku dan mod “Safe” tunggangan di bandar.

Terdapat dua mode USER di mana semua parameter boleh digabung dan diubah sesuai secara bebas.Mod berfungsi dengan mudah,hanya perlu menekan untuk menukar mode bagi RMSS dan menolaknya ke atas dan ke bawah Untuk memilih dua mode USER pada sebelah kiri bar hendal.

Didatangkan dalam warna merah dan hitam metalik,
Harga RM91,999 seunit (tidak temasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran).

Apa kata anda?

avatar