Mini bakal mengeluarkan John Cooper Works GP pada tahun 2020 akan datang. Kereta konsep itu mula diperkenalkan di pameran motor 2017 di Frankfurt.

Ia hadir dengan body-kit yang agresif, bahagian hadapan yang tampak lebih garang dan spoiler yang besar.

Penggunaan badan daripada gentian karbon dapat mengurangkan berat badan jentera itu dan ia juga dilengkapi dengan roll-cage.

Mini tidak pernah memberi maklumat tentang enjin yang digunakan namun ia dijangkakan akan mempunyai lebih daripada 228 hp berbanding model terdahulu.

Selain itu, Jentera itu juga dijangka akan menggunakan enjin turbo 4-inline sewaktu pengeluarannya nanti.

Mini juga belum lagi berkongsi sebarang maklumat tambahan mengenai John Cooper Works GP ini. Walaupun begitu, kereta itu dijangka akan menggunakan suspensi litar sedia ada, sistem brek yang diperkemaskan dan kawalan kuasa yang dipertingkatkan.

Selain daripada itu, harga kereta ini dijangka lebih mahal berbanding model terdahulu kerana ia merupakan kereta edisi terhad.

Mini mengumumkan mereka akan menonjolkan varian John Cooper Works di pameran auto di Los Angeles 2018 akan datang.

Varian yang dimaksudkan ialah JCW Knight Edition. Ia akan ditonjolkan pada minggu hadapan di Los Angeles.

Model Countryman Yin Yang, Clubman Starlight, dan JCW International Orange yang merupakan model edisi khas daripada Mini akan turut ditonjolkan pada pameran auto Los Angeles pada minggu hadapan.

Apa kata anda?

avatar