Audi bakal melancarkan kereta utility sukan (SUV) e-tron tanpa cermin sisi pertamanya di United Kingdom pada tahun depan.

Kini jentera itu akan dilengkapi dengan kamera dan bukan lagi cermin sisi.

Pemandu boleh melihat paparan daripada kamera melalui skrin sesentuh pada setiap panel pintu hadapan.

Selain itu, pemandu juga boleh melaras sudut kamera menggunakan skrin sesentuh dengan mudah.

Namun idea ini bukan lah sesuatu yang baru kerana BMW juga telah menguji teknologi seperti ini pada model BMW i8.

Sementara itu Audi e-tron akan menjadi saingan kepada Jaguar I-Pace yang berharga bermula £63,495 (RM 339,028) manakala Audi e-tron berharga £71,000 (RM 379,101).

Selain daripada harga I-pace yang lebih murah, jarak pemanduan jentera itu 470 kilometer (km) lebih jauh sebanyak 70 km berbanding Audi e-tron.

Apa kata anda?

avatar