Kemeriahan KTM Orange Enduro 2018

53

Litar Off Road Sg Buaya sekali lagi menjadi tumpuan penduduk setempat serta peminat enduro dari serata tanah air. KTM Orange Enduro 2018 peringkat ketiga dan terakhir baru-baru ini merupakan penutup tirai kejohanana Enduro anjuran KTM Malaysia Sdn Bhd bagi tahun 2018.

Namun di antara ketiga kejohanan tersebut,kejohanan Orange Enduro peringkat ke tiga paling meriah dan membawa kepada jumlah penonton yang cukup ramai.Penyertaan peserta juga bertambah.

Satu petanda yang menunjukkan sukan enduro ini semakin hari semakin di gemari serta mendapat tempat di hati orang ramai.Penganjur perlu mengadakan promosi yang menyeluruh ke seluruh negara demi lebih meramaikan lagi peserta untuk turut bertanding.

Kelainan dapat di lihat pada kejohanan anjuran KTM,antara kategori yang di perkenalkan ialah kategori kadet iaitu kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah,kategori wanita dan kategori super cup.

Tepat dan semestinya diadakan iaitu kategori kanak-kanak.Walaupun hanya 5 pusingan ,terserlah bakat yang ada pada kanak-kanak yang menyertai kejohanan tersebut.

Tidak ketinggalan juga kategori wanita di mana pada kejohanan peringkat ke 2 pada bulan April lalu hanya 8 peserta sahaja yang menyertai.Satu kejutan pada kejohanan terakhir,di mana peserta wanita yang menyertai seramai 15 orang.

Meskipun kurang pengalaman,tapi litar Sg Buaya berjaya menanamkan semangat ingin “menyertai”, sendainya diadakan lagi. 5 pusingan bukanlah satu masaalah bagi mereka untuk berjuang hingga ke pusingan penamat.

Acara paling menarik perhatian penonton ialah kategori Seleberiti.Sebanyak 14 seleberiti tanah air meluangkan waktu menyertai Kejohanan Orange Enduro kali ini. Antara yang menonjol ialah pelawak Achey dan pelakon Fizo Omar.

Kenyataannya kejohanan seperti ini perlu diteruskan, jelas dapat di lihat hasil dari tiga kejohanan Orange Enduro berjaya menghasilkan anak muda yang berbakat.Tidak ketinggalan juga bakat kaum Wanita ternyata mampu bersaing dengan kaum lelaki jika di bimbing dan di beri peluang.

Buktinya penyertaan yang bertambah dan peserta yang sama menyertai kejohanan lasak ini.Kategori Kadet atau kanak-kanak. Satu kategori yang pertama kali diperkenalkan,ternyata mendapat sambutan di luar dugaan. Idea yang cukup bernas di ilhamkan oleh penganjur.

Kejohanan Orange Enduro 2018 melibatkan beberapa kategori iaitu,

1.CubCross
2.Veteran
3.CKD
4.KTM Open
5.DP Rally
6.Women Enduro
7.Terbuka
8.Kadet (kanak-kanak)
9.Seleberiti 

Galeri KTM Orange Enduro 2018 : Litar Sg Buaya

 

 

 

Komen anda mungkin membantu