Lamborghini sememangnya sering mengeluarkan kereta edisi terhad sejak beberapa dekad lalu. Bermula daripada run-of-20 Veneno hingga kepada one-of-one Egoista dan Aventador J.

Pengeluaran kereta standard telah dipertingkatkan dengan pembinaan SC18 Alston. Kumpulan lumba Lamborghini yang bernama Squadra Corse mengimpikan kereta one-off.

One off merupakan kereta edisi terhad yang hanya akan dibina dan dipasarkan sekali sehaja.

Kereta standard yang mempunyai prestasi setanding kereta lumba ini dinamakan SC18 Alston dan dibina berdasarkan coupe Aventador.

Kereta ini dibina dengan kerjasama antara Squadra Corse dan Lamborghini Centro Stile menggunakan beberapa elemen daripada kereta lumba Huracán.

Reka bentuk kereta itu diperolehi daripada Huracán GT3 EVO dan Super Trofeo EVO.

Enjin pula dikuasakan oleh enjin V12 6.5 liter dengan 759 hp dan tork 720 Nm serta transmisi 8-kelajuan.

Enjin yang dibina itu juga berdasarkan program lumba dapat mengekalkan kesejukan enjin. Ekzos yag digunakan juga diberi nafas baru dan menghasilkan bunyi yang berbeza.

Baca:   Lamborghini ini berharga RM120k sahaja

Reka bentuk badan kereta yang menggunakan gentian karbon juga lebih ringan manakala tayar Pirelli P Zero yang digunakan dibina khas untuk jentera ini.

Reka bentuk serta prestasi yang memukau daripada Squadra Corse ini sangat hebat dan dijangkakan lebih banyak jentera akan dihasilkan pada masa akan datang.

Apa kata anda?

avatar