Mercedes-AMG G63 2019 RM 622,046

0
Mercedes-AMG G63
 
IKLAN

Harga Mercedes-AMG G63 2019 bermula daripada $148,495 (RM 622,046) manakala G550 bermula daripada $125,495 (RM 525,698).

Mercedes-AMG telah melancarkan model G-Class yang lebih mewah, lebih cekap, lebih berkuasa dan lebih berkebolehan berbanding model terdahulu.

Mercedes-AMG G63

Mercedes-AMG masih mengekalkan persoanaliti dan etos jentera itu sperti model terdahulu dengan reka bentuk klasik. Namun sudah tentulah banyak perbaharuan lain yang ditambah baik.

Perbezaan harga antara G63 dan G550 adalah disebabkan beberapa faktor. Salah satu perbezaan antara kedua varian itu adalah dari segi naik taraf kuasa.

G550 menggunakan enjin turbo berkembar V8 4.0 liter yang menghasilkan 416hp dan tork 610 Nm. Manakala G63 menggunakan enjin turbo berkembar V8 4.0 liter menghasilkan 577hp dan tork 850 Nm.

G63 juga menggunakan ekzos baru yang lebih agresif dan menggunakan gentian fiber dengan lebih banyak.

G550 sudah boleh dibeli manakala G63 hanya akan dikeluarkan pada awal tahun hadapan. 

Apa kata anda?

avatar