Jaguar Land Rover Malaysia telah mengeluarkan varian Range Rover Velar yang menggunakan enjin P380 R-Dynamic.  Enjin yang ditawarkan pada jentera ini sesuai untuk peminat kereta utiliti sukan (SUV) yang inginkan lebih kuasa pada kereta mereka.

Range Rover Velar ini dilengkapi dengan enjin enjin 3.0 liter supercharged V6 petrol yang mampu membekalkan kuasa sehingga 380 PS pada 6,500 rpm dan tork 450 Nm pada 3,500 rpm. Jentera ini menggunakan transmisi  automatik lapan-kelajuan dengan sistem pacuan semua-roda.

Ia mampu mencapai 100 kilometer sejam (km/j) dalam 5.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksima pada 250 km/j.  Ia juga hadir dengan ekzos yang dinaik taraf dan mengeluarkan bunyi yang sangat halus serta lembut.  

Reka bentuk luaran dan dalaman

Velar terkenal dengan kabinnya yang didatangkan dengan reka bentuk yang menarik. Ia menggunakn material mewah dan premium yang menonjolkan lagi ciri kereta mewah itu.

Ia hadir dengan sistem infotainment InControl Navigation Pro yang bekerjasama dengan sistem Touch Pro Duo. Selain itu ia turut dilengkapi dengan dua skrin sesentuh 10-inci dan paparan 12.3-inci untuk Paparan Pemandu Interaktif pada kluster instrumen.

Bagi reka bentuk luaran pula, ia menggunakan aluminium Jaguar LandRover’s Lightweight Aluminium Architecture. Selain itu, ia hadir dengan lampu utama Matrix LED, roda ‘Style 1033’ 10-jejari 21-inci dan juga kit penggayaan R-Dynamic.

Ciri keselamatan

Ciri keselamatannya pula dilengkapi dengan enam beg udara dan sistem bantuan pemandu yang menyeluruh. Selain itu ia juga didatangi  Adaptive Cruise Control (ACC) dengan sistem Stop & Go serta sistem Brek Kecemasan.

ACC membantu mengawal kelajuan kenderaan dan memastikan jarak selamat dengan kenderaan di hadapan. Teknologi itu memastikan kenderaan akan berhenti secara automatik dengan memastikan jarak selamat antara kedua kereta untuk mengelakkan perlanggaran daripada berlaku.

Harga yang ditawarkan untuk varian ini bermula daripada RM722,787 dan ia kini dijual di semua pengedar sah di seluruh negara. Harga yang ditawarkan tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans. Namun ia didatangkan dengan waranti lima-tahun, servis percuma lima-tahun dan juga bantuan tepi jalan tiga-tahun.

 

Apa kata anda?

avatar