Jaguar Land Rover sedang menguji sistem panduan yang membantu pemandu mengelakkan lampu merah dengan memberitahu mereka kelajuan terbaik untuk memandu.

Ciri-ciri ini dipasang pada prototaip Jaguar F-Pace, menggunakan teknologi Kenderaan ke Infrastruktur futuristik (V2X), yang membolehkan kereta untuk ‘bercakap‘ dengan infrastruktur seperti lampu isyarat.

Kenderaan akan mengetahui urutan dan pemasaan lampu isyarat dan menetapkan kelajuan terbaik untuk mengelakkan berhenti pada isyarat merah.

Ciri-ciri lain yang dibangunkan sebagai sebahagian daripada projek V2X termasuk sistem amaran perlanggaran di persimpangan, dan amaran kenderaan kecemasan. Isyarat itu disambungkan dihantar ke kereta, untuk mememberi amaran tentang kecemasan sedang mendekat serta dari arah mana.

Oriol Quintana-Morales, jurutera penyelidikan teknologi Jaguar Land Rover Connected, berkata: “Teknologi canggih ini secara radikal akan mengurangkan masa yang kita habiskan di lampu isyarat.

“Ia berpotensi untuk merevolusikan pemanduan dengan mewujudkan bandar-bandar yang selamat dan airan trafik mengalir lancar ,juga mengurangkan tekanan semasa pemanduan .”

Sistem ini sedang diuji sebagai sebahagian daripada projek Autodrive UK, yang berpusat di Coventry dan Milton Keynes. Ini adalah projek selama tiga tahun yang dibiayai oleh kerajaan bernilai £ 20 juta. Ia bertujuan mempercepatkan pelancaran teknologi kereta memandu sendiri dan disambungkan.

Jaguar Land Rover adalah rakan kongsi teras dalam projek itu, yang bermula pada bulan Oktober 2015.
 
 
 
 

Apa kata anda?

avatar