Volvo Car telah melancarkan pembukaan pusat 3S (Sales, Service and Spare Parts) baru di Jalan Tun Sri lanang, Melaka baru-baru ini. Ia merupakan kerjasama Volvo Car bersama pengedarnya Seong Hoe Motors Sdn Bhd.

Pusat 3S itu dibuka bagi mengukuhkan jenama Volvo di bahagian pantai barat. Volvo telah pun mencatatkan perkembangan rangkaian pengedar yang pantas sejak ia memulakan program transformasi. Program itu dilaksanakan oleh Pengarah Urusan Volvo, Lennart Stegland sejak dua tahun lalu.

Plan transformasi itu menyaksikan perlaksanaan piawaian pengedar baru sebagai Volvo Retail Experience (VRE). VRE turut dilaksanakan oleh pengedar sah Volvo diseluruh negara.

VRE merupakan piawaian menyeluruh yang merangkumi aspek kritikal sesebuah pusat pengedar daripada rupa dan keadaan bilik pameran sehingga kualiti servis kereta yang diberikan kepada pengunjung.

Ruang menunggu

“Kami fokus untuk berikan pengalaman yang konsisten kepada pengunjung di pusat 3S kami. Kami ingin mengekalkan ciri tarikan Scandinavian pada kereta, bilik pameran dan pusat servis,” jelas  Stegland.

Baca:   Tempahan Proton X70 sudah melebihi 10,000 unit

Volvo Melaka akan dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif Seong Hoe Motors iaitu Chua Beng Poh. Beliau mempunyai pengalaman lebih 50 tahun dalam penjualan automotif pelbagai jenama dari Eropah.

Ruang servis

Pusat 3S itu juga menyediakan enam ruang servis yang menerima model-model Plug-in Hybrid terkini Volvo seperti XC90, XC60 dan S90 T8 Twin Engine.

Pusat 3S Volvo Melaka beroperasi bermula pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap Isnin hingga Sabtu dan bermula pukul 11.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Ahad dan cuti umum.

Apa kata anda?

avatar