Perodua kukuhkan status sebagai syarikat EEV No 1 di Malaysia

14

Perodua berjaya kukuhkan status sebagai syarikat EEV No 1 di Malaysia dengan menghasilkan dan menjual lebih setengah juta Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

“Perjalanan EEV kami bermula pada tahun 2014 dengan Axia, EEV pertama negara dan juga model Transformasi pertama kami. Ia diikuti dengan Bezza, sedan EEV pertama dua tahun kemudian, dan seterusnya Myvi baharu pada tahun 2017.

“Saya dengan rendah diri ingin mengumumkan bahawa sejak pelancarannya masing-masing, sebanyak 342,600 unit Axia, 130,000 unit Bezza dan lebih 75,000 unit Myvi baharu telah menemui pemiliknya di Malaysia setakat ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Kerajaan telah memperkenalkan klasifikasi EEV dalam Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP 2014). Sejak itu lebih daripada 344,000 unit Axia, 130,800 unit Bezza dan 75,800 unit Myvi baharu telah dikeluarkan oleh Perodua di Sungai Choh.

Jom Baca:   Perodua Aruz kini dibuka untuk tempahan harga serendah RM72,200
Perodua Axia Advance

Ciri-ciri kenderaan EEV

Sesuatu kenderaan harus mencapai atau menjangkaui kecekapan bahan api (diuji mengikut piawaian UNECE R101) yang tertentu berdasarkan beratnya tanpa muatan untuk diiktiraf sebagai EEV. Axia, Bezza dan Myvi baharu mampu mencapai kecekapan bahan api melebihi 20 kilometer seliter.

Kilang Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, yang mengeluarkan Axia dan Bezza, juga merupakan kilang bertaraf EEV pertama di Malaysia.

Ia merupakan gabungan teknologi cekap tenaga dalam mengurangkan kadar pelepasan pengeluaran. Ia juga menetapkan piawaian baru dari segi kualiti, pengurusan kos dan penghantaran.

Perodua Myvi 1.5 AV

Kecekapan bahan api kenderaan Perodua menyumbang kepada kos operasi yang sangat rendah. Ia selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia lebih bersih dan hijau serta trend global ke arah kenderaan yang lebih cekap bahan api.

Harga kenderaan daripada Perodua adalah mampu milik dan kebanyakan rakyat Malaysia memilih untuk memiliki kenderaan daripada syarikat itu.

Jom Baca:   Perodua bawa 15 atlet murid ke Jepun untuk Pertandingan Badminton Junior Tiga-Negara

Ini disebabkan oleh gabungan ciri-ciri Perodua yang berkualiti tinggi, kebolehpercayaan, praktikaliti, kemudahan memandu dan ia merupakan rangkaian perkhidmatan terbesar di negara ini.

Perodua Bezza GXtra

Ia juga merupakan usaha mereka dalam menyediakan pakej mobiliti bernilai untuk rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat.

“Kepada semua rakyat Malaysia, terima kasih kerana menjadikan Perodua jenama pilihan anda. Sokongan padu anda sepanjang 25 tahun ini menggalakkan kami untuk terus berusaha, kerana anda keutamaan kami,” kata Datuk (Dr) Aminar.

Komen anda mungkin membantu