Basikal ini dibina dengan kerjasama daripada Thok E-bikes. Ducati MIG-RR ini hadir dengan rangka yang diperbuat daripada aluminium.

Ia juga hadir dengan sistem bateri berkuasa 504 Wh diletakkan di bahagian tiub pepenjuru pada basikal itu.

Ducati MIG-RR ini juga dilengkapi dengan sistem Shimano Steps E8000 yang direka khas untuk mountain bike.

Ia dapat berikan lebih kelajuan kepada mountain bike dan mampu mencapai kelajuan sehingga 30 kilometer sejam (km/j).

Ducati MIG-RR

Yang menariknya ia dilengkapi dengan sistem bantuan Eco, Trail dan Boost. Trail dan Boost boleh dilaras untuk dapatkan lebih atau kurangkan kelajuan.

Basikal ini juga dilengkapi dengan 11 set gear daripada Shimano XT dan penyerap hentak daripada Kashima Factory Series Fox.

Mountain bike ini akan ditonjolkan pada pameran EICMA di Milan Itali bermula 8 sehingga 11 November 2018.

Ducati akan mengambil tempahan bermula Januari tahun depan dengan harga bermula $ 7,130 (RM 29,631.28).

Baca:   Apakah kelayakan Marquez untuk bergelar juara MotoGP 2018

 

Apa kata anda?

avatar