Geely yang merupakan syarikat automotif dari China membeli litar lumba di Daerah Toole, Amerika Syarikat. Geely mengumumkan pembelian litar lumba yang bernama Utah Motorsport Campus itu pada Isnin lepas.

Persuruhjaya Daerah Toole membenarkan litar lumba itu dijual kepada Mitime Utah Investment LLC. Mitime Utah Investment LLC merupakan syarikat naungan Geely yang juga memiliki Volvo, Polestar. Lotus, Lynk & Co dan juga sebahagian saham daripada PROTON.

Sebelum ini litar lumba itu dikenali dengan nama Miller Motorsport Park yang dimiliki oleh mendiang Larry Miller. Litar lumba itu dibina pada 2005 dan keluarga Miller tidak mahu meneruskan perjanjian dengan Daerah Toole.

Perjanjian itu berakhir pada 2015 selepas 10 tahun perjanjian dengan Daerah Toole. Litar lumba itu diambil alih oleh pihak Daerah Toole sejak perjanjian itu berakhir yang kini menjadi milik Geely.

Hartanah yang berukuran 511-ekar itu bukan sahaja dilengkapi dengan litar lumba sepanjang 7.14 kilometer (km) dan trek go-kart sepanjang 1.45 km. Ia juga diengkapi dengan laluan off-road, litar rallycross Nitro World Games serta bangunan dan fasiliti hiburan.

Baca:   Kereta terbang Terrafugia dah boleh ditempah

Sejak sekitar 10 tahun lalu. Utah Motorsports Campus (UMC) telah menganjurkan beberapa acara perlumbaan yang hebat.

Antara perlumbaan yang pernah diadakan di UMC adalah seperti FIM Superbike World Championship, American Le Mans Series, Grand-Am Road Racing Championship, Pirelli World Challenge dan NASCAR.

Dibawah naungan Geely, lebih banyak litar dan fasiliti hiburan akan dibuka di UMC supaya ia akan lebih dikenali dan berikan keuntungan yang lebih baik.

Apa kata anda?

avatar