Selama beberapa dekad BMW hanya menawarkan komponen M Performance pada kenderaan beroda empat. Kini BMW Motorrad menawarkan bahagian M Perfomance pada motosikal S 1000 RR 2019.

Komponen BMW M untuk S 1000 RR akan ditonjolkan melalui katalog aksesori mereka. Setiap S 1000 RR akan dibina dengan kemasan cat motorsport, tayar gentian karbon, bateri yang ringan dan casis dengan ketinggian yang boleh dilaras.

Selain itu jentera itu juga akan menerima tempat duduk sport dan mod Pro. Penunggang boleh mengawal daya tarikan (traction control), mod wheelie, melaras pendikit serta sistem brek boleh dimanipulasikan dengan mod Pro.

S 1000 RR pertama kali dikeluarkan pada 2009 dan 2019 menjadi tahun permulaan baru untuk model itu. Motosikal itu kini kini mempunyai kuasa 207 hp, yang mana ia meningkat sebanyak 8 hp berbanding model terdahulu.

BMW S 1000 RR 2019

Penggunaan pakej daripada M Performance mengurangkan berat motosikal itu sebanyak 10 kilogram dan kini beratnya 193 kilogram secara keseluruhan.

Baca:   BMW X5 2019 gunakan aksesori M Performance

Antara pembaharuan lain yang ditawarkan ialah ia dilengkapi dengan suspensi yang akan berikan keselesaan semasa menunggang. Kawalan Cruise dan hill-start juga ditawarkan.

S 1000 RR kini juga hadir dengan reka bentuk yang lebih menarik dan tampak lebih agresif dengan lampu utamanya yang lebih tirus.

BMW masih lagi belum mengumumkan harga S 1000 RR itu, bila ia akan dipasarkan dan berapa harga yang perlu ditambah untuk pakej M Performance. Harga semasa S 1000 RR ialah $15,995 (RM 66,643.17).

Apa kata anda?

avatar