Seorang warga emas berumur 75 tahun terperangkap dalam Cadillac XLR 2016 miliknya selama 14 jam. Pemilik kenderaan itu, Peter Pyros hanya menyedari kereta elektrik itu telah kehabisan bateri selepas dia menutup pintu. 

Dia terperangkap kerana semua pintu kereta itu menggunakan butang elektrik untuk dibuka. Namun disebabkan kereta itu kehabisan kuasa, semua butang dalam kereta itu tidak berfungsi.

GM sudah pun meletakkan pemegang pintu manual berhampiran dengan tempat duduk sebagai jalan penyelesaian sekiranya hal seperti ini berlaku.

Pemegang itu ditandakan dengan tanda warna merah pada pembukaan pintu di bahagian tempat duduk pemandu. Hal itu sudah dinyatakan dalam buku panduan pemilik kenderaan.

Pyros mengalami pengalaman yang tidak diingini itu kerana dia tidak tahu tentang pemegang pintu kecemasan itu dan dia tidak mempunyai buku panduan kenderaan.

Pyros tidak mungkin akan terus hidup sekiranya dia terperangkap dengan lebih lama. Dia bernasib baik kerana telah diselamatkan oleh jirannya.

Dia kemungkinan akan mati kepanasan dalam kereta itu kerana suhu di Cleveland mencecah 77 darjah pada hari dia terperangkap. Pyros memberitahu sebuah akhbar suhu sangat panas dan dia mengalami kesukaran bernafas selepas 30 minit terperangkap.

Pyros dilaporkan menjerit meminta tolong dan cuba memecahkan cermin keretanya, namun semua usahanya untuk keluar, gagal. Jirannya yang curiga pergi ke rumahnya selepas melihat pintu garaj rumah Pyros terbuka hingga lewat malam.

Jirannya terus menghubungi polis setelah melihat Pyros dalam Cadillac itu. Seorang pegawai bertugas mengecas kereta itu sehingga ia mempunyai kuasa yang cukup untuk buka pintu kereta.

Buku panduan Cadillac XLR

Tindakan undang-undang 

Setelah semuanya selesai, sudah tentulah ada penglibatan peguam dalam hal ini. Mereka ingin ambil tindakan keatas GM dengan tuduhan pereka kereta tidak menyediakan butang kecemasan.

Namun, mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana butang atau pemegang pintu kecemasan sudah jelas disediakan dan dinyatakan dalam panduan pengunaan kereta.

GM tidak bersalah dalam hal ini kerana pemilik kenderaan seharusnya peka dengan kenderaan mereka. Pemilik kenderaan seharusnya menghubungi pengedar atau talian bantuan sekiranya ada sebarang masalh atau pertanyaaan.

Komponen seperti ini tidak asing lagi kepada kenderaan keluaran GM. Covette sudah pun menggunakan butang kecemasan seperti ini sejak bertahun dulu. Begitu juga dengan model Cadillac ELR.

Pengajarannya disini, ketahui fungsi butang dan komponen dalam kereta anda. Selain itu baca buku panduan kereta untuk memahami kereta anda. Sekiranya anda berada dalam situasi ini, jangan panik dan cari butang kecemasan dalam kabin kereta anda.

Apa kata anda?

avatar