Petronas sertai Yamaha dalam konvoi ke MotoGP Malaysia 2018

0
 
IKLAN

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia dan Hong Leong Yamaha bekerjasama dalam menganjurkan konvoi bersama 1,000 penunggang motosikal serta peminat MotoGP.

Konvoi motosikal ini bermula dari Cyberjaya ke Litar Antarabangsa Sepang sejauh 40 kilometer untuk mereka sama-sama menyaksikan perlumbaan MotoGP itu.

Penunggang daripada seluruh negara itu dilepaskan dari TSI Arena di Cyberjaya oleh Naib Presiden DownStream Business Petronas, Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed Tahir, Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha, Dato’ Jim Khor dan Ketua PETRONAS Lubricant International (PLI) Asia Pasifik, Mohd Khalid Mohamed Latiff.

PETRONAS Experience menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada hampir 10,000 pengunjung yang hadir di Litar Sepang itu.

Pengunjung di booth PETRONAS berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik. Antara aktiviti di booth PETRONAS ialah pengunjung berpeluang merasai pengalaman MotoGP 5D, menyertai cabaran PETRONAS Sprinta UltraFlex™. 

Para pengunjung juga boleh membeli barangan cenderamata PETRONAS dan berpeluang menang hadiah premium.  

PETRONAS Experience juga turut mengadakan acara meet and greet dengan pelumba-pelumba PETRONAS.

Pengunjung berpeluang bertemu dengan pelumba yang diminati daripada dua kumpulan iaitu PETRONAS Sprinta Racing Moto2 dan PETRONAS SprintaRacing Moto3.

Seperti yang diumumkan PETRONAS baru-baru ini, Yamaha dan Litar Sepang mendaftarkan Franco Morbidelli dan Fabio Quatararo sebagai peserta dalam MotoGP 2019.

Apa kata anda?

avatar