Menang percutian ke Australia dengan pandu uji kereta Kia

66

Naza Kia Malaysia merupakan pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia. Naza Kia Malaysia berikan peluang kepada peminat sukan tenis untuk memenangi percutian ke Australia.

Melalui kempen  ‘Kia Lucky Drive to Australia’, pengunjung yang pandu uji kenderaan Kia berpeluang memenangi percutian untuk dua orang selama tiga hari dua malam ke Melbourne, Australia.

Yang paling menarik, pemenang akan dibawa untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir tenis di acara Australian Open 2019, anjuran Tennis Australia.

Kia menunjukkan sokongan kepada sukan dan acara antarabangsa serta pelancongan melalui kempen ini. Sebelum ini Kia pernah mengadakan program penajaan ini buat pertama kalinya pada tahun 2002.

Lebih 100 kenderaan Kia diedarkan kepada Tennis Australia. Ini bertujuan untuk memberi pengalaman dan perjalanan terbaik di sekitar Melbourne kepada pemain tenis, VIP dan pihak media.

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi percutian ke Australia melalui kempen ‘Kia Lucky Drive to Australia’ ini. Kunjungi bilik pameran Kia terdekat dan pandu uji kereta kegemaran anda sekarang!

Komen anda mungkin membantu