Kerajaan akan memberikan subsidi minyak petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter kepada pihak yang memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah serta motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata demikian ketika membentangkan belanjawan yang bertemakan “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera”.

Lim berkata, subsidi itu terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta dan 40 liter bagi motosikal.

Subsidi Minyak Petrol RON95
Subsidi Minyak Petrol RON95

Menurutnya, mekanisme baharu itu dijangka dilaksanakan bermula suku kedua tahun depan dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion.

Beliau berkata, mekanisme subsidi itu dijangka dapat memanfaatkan seramai empat juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilik motosikal.

Lim berkata kerajaan akan mengapungkan semula harga petrol RON95 di pasaran berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM). Hal ini dilakukan untuk meningkatkan kecekapan penggunaan sumber. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membendung ketirisan berikutan perbezaan harga minyak dan penyeludupan rentas sempadan.

Baca:   Tiada subsidi petrol bagi kereta mewah 1500 cc dan ke bawah

Apa kata anda?

avatar