UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengumumkan operasi cawangan di Pulau Pinang dan Prai diambil alih oleh rakan niaga asing bermula 1 November 2018.

Hal ini berikutan pengumuman yang dilakukan pada Oktober tahun lalu. Dalam pengumuman itu UMWT menerangkan syarikat akan memindahkan sebahagian besar operasi cawangannya kepada pengedar atau pihak lain.

Netz Toyota Tama Co Ltd telah berurusan dengan Toyota di Jepun sudah hampir 60 tahun. Syarikat itu mempunyai 29 cawangan di sekitar Tokyo yang menggunakan saluran jualan Toyota Netz.

S&D Tama Malaysia Sdn Bhd Pulau Pinang

Ia juga mempunyai 22 cawangan yang beroperasi sebagai saluran jualan Corolla di bahagian barat Tokyo.

S&D Tama Malaysia yang merupakan syarikat tempatan sebagai sayap operasi Netz Toyota Tama Co Ltd akan mengambil alih operasi cawangan di Pulau Pinang dan Prai secara rasmi melalui usaha sama dua syarikat ini.

Kedua-dua cawangan berkenaan mewakili peratusan jualan kenderaan Toyota yang besar bagi kawasan Utara. Ia berjaya mencatat gabungan jualan tahunan mencecah 2,000 unit.

Baca:   Tempahan Toyota Camry 2019 telah dibuka
S&D Tama Malaysia Sdn Bhd cawangan Prai

Khidmat lepas jualannya juga telah menampung keperluan servis bagi 50,000 unit kenderaan setahun yang selari dengan jumlah pelanggan yang semakin bertambah.

S&D Tama Malaysia mensasarkan untuk memberi kualiti layanan lebih baik kepada pelanggan yang datang mengunjung di cawangannya.  

Syarikat itu juga bakal menyediakan pengalaman memuaskan kepada pelanggan-pelanggan baru serta pemilik sedia ada kenderaan Toyota secara keseluruhannya.

S&D Tama Malaysia Sdn Bhd cawangan Prai

Hal ini boleh dicapai dengan kehadiran 140 petugas keseluruhannya bagi bahagian jualan, servis dan juga kenderaan terpakai.

Dua cawangan yang diuruskan oleh S&D Tama Malaysia itu terletak di Jalan Jelutong, Pulau Pinang dan juga di Kawasan Perindustrian Prai.

Kedua-dua pusat 3S berkenaan menawarkan perkhidmatan jualan dan lepas jualan yang menyeluruh, termasuk kemudahan cat dan badan kenderaan.

 

Apa kata anda?

avatar