Ford Mustang Cobra Jet yang pertama dibina pada tahun 1968. Tahun ini genap 50 tahun jentera itu diperkenalkan dan sambutan ulang tahunnya pada tahun ini disambut di pameran SEMA, Las Vegas.

Sejak ia diperkenalkan kepada dunia 50 tahun lalu, Ford Mustang Cobra Jet sering dinaik taraf dan prestasinya dipertingkatkan. Pada tahun 2008, Cobra Jet dinaik taraf dan kereta itu melepasi 0.4 kilometer(km) dalam masa 8.0 saat.

Setahun kemudian Ford bina sebuah lagi Cobra Jet dan meneruskan proses baik pulih serta naik taraf prestasinya sehingga tahun 2016. Proses itu dihentikan sementara pada tahun 2017 dan pembangunan kereta itu diteruskan pada tahun 2018.

Ford Mustang Cobra Jet 2018 ini dilengkapi dengan enjin v-8 supercharged 5.2 liter. Ia memberikan tenaga yang cukup untuk menggerakkan jentera itu melepasi jarak 0.4 km dalam 8 saat.

Mustang ini hanya boleh digunakan di litar lumba. Lihat pada reka bentuknya saja ia jelas menunjukkan bahawa ia merupakan jentera yang dibina khas untuk perlumbaan di litar. Ia dilengkapi dengan roll-cage NHRA yang mendapat kelulusan, tempat duduk FIA dan gandar belakang 9-inci.

Baca:   Honda Rugged - Kenderaan Open Air

Ford Mustang Cobra Jet ini bernilai sekurang-kurangnya $130,000 (RM 543,042.50) dan pembeli yang berminat perlu lakukan tempahan dengan segera. Ini kerana Ford hanya akan membina Ford Mustang Cobra Jet 2018 ini sebanyak 68 unit.

Apa kata anda?

avatar