Ferrari 250 GTO 1962 cipta rekod lelongan termahal dunia – RM200 Juta

0
 
IKLAN

Ferrari 250 GTO 1962 ini mencipta rekod apabila ia dijual dengan harga termahal di acara lelongan RM Sotheby setakat ini. Ferrari 250 GTO 1962 klasik ini dilelong dengan harga $48.4 juta (RM200 juta).

Jentera ini dimiliki Greg Whitten selama 18 tahun dan ia merupakan jentera yang digilai ramai di seluruh dunia. Kereta dibina sebanyak 36 unit di seluruh dunia dan ia merupakan jentera ketiga yang dibina daripada jumlah itu.

 
IKLAN

Kereta ini beberapa kali bertukar milik sebelum dibeli oleh Greg Whitten pada tahun 2000 yang merupakan peminat dan pengumpul kereta klasik serta Ferrari.

Whitten dikatakan sering memandu kereta itu untuk makan tengah hari, untuk ke lokasi tugasan dan juga ke pameran kereta sekitar Redmond, Washington.

Redmond merupakan kawasan yang dipenuhi dengan pemandu-pemandu yang memandu kereta mewah dan masuk ke kampus Microsoft.

Baca:   Porsche 935 1976 bernilai RM838,300 dilelong

Whitten kini merupakan pengerusi Numerix yang merupakan syarikat kewangan perisian dan merupakan antara pekerja terawal di Microsoft. Dia di lantik untuk bekerja oleh mendiang Paul Allen sendiri.

Dalam sebuah wawancara Seattle time bersama Nicole Brodeur, Whitten menyatakan bahawa dia agak merindui Ferrari 250 GTO yang pernah dia miliki itu. Namun dunia dipenuhi dengan banyak lagi kereta yang menarik tambahnya lagi.

Whitten membelanjakan sekitar $2 juta (RM8 juta) pada malam yang sama Ferrari 250 GTO dilelong. Whitten membeli sebuah lagi Ferrari dan tiga Jaguar termasuklah E-type 1967. Dia jadikan E-type 1967 itu sebagai hadiah harijadi kepada isterinya, Michelle.

Apa kata anda?

avatar