Tempahan Proton X70 sudah melebihi 10,000 unit

0
Proton X70
Proton X70

Proton mengumumkan sudah menerima lebih 10,000 unit tempahan kereta utiliti sukan (SUV) pertamanya (X70). Pengumuman itu dilakukan pada pelancaran rasmi Ming Heng Motor Sdn Bhd, pengedar 4S baharu di Setapak.

Proton juga menyatakan bahawa cawangan yang mendapat kelulusan 3S/4S telah melebihi sasaran dan menerima banyak lagi permohonan untuk membuka cawangan.

Proton X70
Proton X70

Tempahan pra-perlancaran SUV pertama Proton yang dinanti-nantikan itu telah dibuka bermula 8 September lalu.

Pelanggan yang berminat dialu-alukan untuk membayar deposit tempahan di cawangan Proton. Namun mereka turut dapat menggunakan platform tempahan atas talian sejak 17 Oktober lalu.

Setakat ini, sambutan daripada rakyat Malaysia sangat menggalakkan kerana jumlah tempahan yang diterima melebihi 10,000 unit yang mana 2000 daripadanya dibuat secara atas talian. Mewujudkan dan melancarkan kemudahan  tempahan diatas talian merupakan satu keputusan tepat yang Proton lakukan.

“Kami berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia di atas sokongan yang diberikan kepada Proton terutamanya apabila kami mula menerima tempahan untuk Proton X70.  Setakat ini kami telah menerima lebih 10,000 tempahan termasuklah mereka yang menempah melalui dalam talian di mana ianya melebihi jangkaan kami. Kami tidak pasti bagaimana reaksi pelanggan terhadap kaedah baharu yang digunapakai ini tetapi penerimaannya menunjukkan cara bagaimana kereta perlu dijual pada masa akan datang” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Baca:   Proton Saga generasi pertama macam baru keluar kilang

Pada awal tahun ini Proton telah menyatakan hasratnya untuk mencapai ke kelulusan sebanyak 109 cawangan bagi 3S/4S. Kini PROTON telah mencapai lebih dari jumlah sasarannya.

Cawangan baru Proton, Ming Heng Motor Sdn Bhd di Setapak, KL
Cawangan baru Proton, Ming Heng Motor Sdn Bhd di Setapak, KL

Setakat ini, sebanyak 113 kelulusan permohonan cawangan telah direkodkan, mencatatkan pencapaian sebanyak 104%  berbanding sasaran yang ditetapkan.

Ming Heng Motor Sdn Bhd (Ming Heng) adalah pengedar 4S terbaharu di dalam senarai cawangan 4S PROTON.

Lokasi cawangan ini adalah di Jalan Genting-Klang dan mempunyai keluasan sebesar 3,074 meter persegi serta kos pelaburan sebanyak RM6 juta.

Kemudahan yang disediakan di cawangan 3S/4S Proton

Kemudahan di cawangan ini termasuklah 14 ruang penyelenggaraan dengan 12 servis pengangkat, ruang istirahat pelanggan, ruangan minuman, Wi-Fi percuma.

Selain itu, kawasan permainan kanak-kanak, kawasan mengecas komputer riba dan telefon bimbit serta bilik solat juga disediakan. Manakala pusat ketuk dan cat pula bakal beroperasi pada Disember tahun ini.

Baca:   Volvo lancar pembukaan pusat 3S di Melaka

“Keputusan untuk menjadi pengedar Proton adalah kerana Ming Heng yakin dengan potensi jenama Proton pada masa hadapan. Kami berterima kasih kerana permohonan diterima dan menantikan keuntungan bersama yang menumpukan pada penghasilan produk dan perkhidmatan yang terbaik.” kata Eric Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Ming Heng Motor Sdn Bhd.

Apa kata anda?

avatar