BMW X5 2019 gunakan aksesori M Performance

25

BMW bakal berikan peluang kepada pembeli untuk merasa suntikan daripada M Performance. Ia bakal digunakan pada kereta utility sukan(SUV) BMW X5.

BMW telah mendedahkan bahagian M Performance yang bakal digunakan pada SUV yang direkabentuk semula.

Ia melibatkan elemen penggayaan dan juga sedikit tambahan untuk meningkatkan prestasi jentera itu.

BMW menegaskan bahawa aksesori yang digunaka itu bukan sahaja menambah elemen visual kepada model X5 2019 ini, malah ia juga bakal beri kesan positif dari segi aerodinamik.

Untuk bahagian luaran, BMW bakal menggunakan gentian karbon bermula daripada bahagian hadapan X5 sehingga ke diffuser bahagian belakang. Manakala skirt sisi pula bakal gunakan warna hitam matte.

X5 ini juga bakal gunakan roda, tayar dan brek daripada M Performance. Pilihan tayar berukuran 20-inci boleh dipadankan dengan tayar all-terrain.

Penggunaan tayar itu bakal meningkatkan keselesaan sewaktu memandu dan boleh digunakan pada permukaan bersalji.

Jom Baca:   BMW i3s kini di Malaysia – 184hp, 270Nm, jarak EV 260km, RM279k

Komponen M Performance juga disediakan pada bahagian dalaman termasuk stereng bersama 12 o’clock dash marking dan genggaman Alcantara (Alcantara grips).

Pelanggan juga boleh pilih untuk lengkapkan X5 mereka dengan rakaman data prestasi M Performance Drive Analyzer.  

OBD Stick dan app telefon pintar beri maklum balas tentang prestasi pemanduan pemandu dan segala data yang penting.  Ia juga boleh merakam video melalui telefon pintar.

 

Komen anda mungkin membantu