Ahli perniagaan berlian hadiah 600 kereta baru kepada pekerja

0
600 kereta baru yang dihadiahkan
 
IKLAN

Perdana Menteri India, Narendra Modi bantu seorang ahli perniagaan berlian memberikan sebanyak 600 kereta kepada pekerja-pekerja syarikatnya sebagai hadiah Deepavali.

Modi mengumumkan dan memberi hadiah itu kepada para pekerja di sebuah acara di Gujarat, India.

Ahli perniagaan yang bernama Savji Dholakia itu menjalankan syarikat perdagangan berlian yang bernama Hari Krishna Exporters.

Seramai 600 orang pekerja syarikat Hari Krishna Exporters menerima sebuah kereta setiap seorang. Kereta itu dibina oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Maruti Suzuki sementara lebih 1000 pekerja lain menerima hadiah berbentuk deposit tunai dan sebuah apartment.

Menjadi tradisi kepada mereka untuk memberi hadiah kepada satu sama lain menjelang Deepavali yang bakal tiba tidak lama lagi.

600 kereta baru yang dihadiahkan

Dholakia terkenal di seluruh India kerana selalu menghadiahkan hadiah mewah kepada pekerjanya untuk perayaan Deepavali.

Dholakia juga pernah menghadiahkan ratusan apartment kepada pekerja syarikatnya pada tahun 2016.

Baca:   Suzuki Ertiga bakal peroleh versi diesel, crossover

600 kereta yang diberikan sempena perayaan Deepavali tahun ini dianggarkan berjumlah lebih $2 juta (RM8.3 juta).

Pemberian hadiah mewah itu juga merupakan satu cara untuk menghargai pekerja-pekerjanya yang setia dalam syarikat itu.

“Acara pemberian hadiah ini juga dianggap sebagai ganjaran kepada pekerja yang setia dan menunjukkan dedikasi yang tinggi kepada syarikat” kata Dholakia dalam status Facebooknya.

Apa kata anda?

avatar