Juara dunia tiga kali, Dani Pedrosa akan bersara dari perlumbaan MotoGP penghujung 2018 dan akan menyertai KTM serta bekerjasama dengan Kallio. KTM telah mengumumkan bahawa penunggang Repsol Honda, Dani Pedrosa akan menyertai KTM sebagai pelumba ujian MotoGP mereka selama dua tahun untuk 2019 dan 2020.

Dani Pedrosa akan bersara daripada perlumbaan MotoGP selepas menghabiskan 13 tahun dalam sukan lasak ini. Pelumba berusia 33 tahun itu kini mengekalkan kempen terburuk dalam kelas Premier sehingga kini hanya berjaya mendapat tempat ke-11 dalam tiga pusingan perlumbaan.

Walaupun menghabiskan seluruh kerjaya perlumbaan grand prixnya dengan Honda, Pedrosa akan beralih arah kepada KTM dan menyertai pelumba ketiga yang ada sekarang, Mika Kallio.

“Untuk memiliki pelumba dan pengalaman, Dani adalah sebahagian daripada projek MotoGP kami. Ini satu petanda bahawa kami bergerak ke arah yang betul dan kami masih berusaha keras,” kata Pengarah Sukan motorsikal KTM, Pit Beirer.

Baca:   Honda Monkey dilancarkan di Malaysia, si cilik yang comel!

“Kami berharap dan kami sangat teruja, bahawa maklumbalas dari Dani dan Mika Kallio akan memberi manafaat kepada dua pasukan yang kami akan ada di litar tahun depan serta membantu mengurangkan jurang.

“Dani Pedrosa adalah juara dunia tiga kali 125cc pada tahun 2003, 250cc pada 2004 dan 2005 dan saya kenal baik ¬†dengannya dari masa bekerja bersama-sama. Dia masih sangat kompetitif dan ini boleh menjadi manfaat kepada usaha kami dalam MotoGP. Saya gembira kerana kami boleh mencapai perjanjian ini dengan Dani, demikian luahan Pengurus pasukan KTM Mike Leitner.

Apa kata anda?

avatar