Mulakan perjalanan dengan gear dua bagi transmisi manual – adakah ia satu perkara yang baik?

95

Pemandu yang memulakan perjalanan dengan gear dua bagi transmisi manual pasti mempunyai sebab dan alasan sendiri kenapa mereka memilih untuk melakukannya. Namun, adakah ia satu perkara yang baik untuk dilakukan?

Jangan takut kerana dalam video ini, Jason Fenske akan menerangkan tentang penggunaan gear dua bagi memulakan perjalanan tidak akan memudaratkan kereta anda.

Jason menunjukkan satu senario dimana memulakan perjalanan dengan gear dua dapat membantu pemanduan. Sebagai contoh, sekiranya kereta bakal menuruni bukit setelah berhenti, momentum kenderaan daripada gear dua bakal membantu kelajuan kereta.

Penukaran gear satu kepada gear dua sewaktu menuruni bukit akan jadi sangat singkat kerana kelajuan kereta adalah tinggi.

Penggunaan gear dua bagi memulakan perjalanan nampak mudah, namun kadang-kadang ia melambatkan proses kereta untuk mula bergerak. Ini kerana ia ada kaitan dengan klac dan rpm kereta. Sebagai contoh, kelajuan enjin pada 1000 rpm sewaktu klac dilepaskan.

Bagi keadaan ini, kereta perlu mencapai sekurang-kurangnya 8 kilometer sejam (km/j) untuk melengkapkan klac sepenuhnya dan menghalang ia dari tergelincir. Manakala bagi gear dua pula, kereta perlu mencapai sekurang-kurangnya 16 km/j.

Ini bermaksud klac akan tergelincir dengan lebih banyak untuk menggerakkan kereta menyebabkan kereta akan bergerak dengan lebih perlahan sebelum ia melengkapkan klac sepenuhnya pada 16 km/j.

Jadi, tiada masalah sekiranya pemandu ingin memulakan perjalanan dengan menggunakan gear dua. Tonton video daripada Engineering Explained di bawah untuk lebih faham tentang penggunaan gear dua sewaktu memulakan perjalanan. 

Apa pendapat anda tentang penggunaan gear dua sewaktu memulakan perjalanan? Kongsikan kepada kami di ruang komen dibawah.

Komen anda mungkin membantu