Tasmania – Tuan rumah KTM Adventure Ralli 2019

28

2019 merupakan tahun ke 4 KTM Australia Adventure Ralli. Tahun depan menyaksikan Tasmania lokasi kejohanan dari 24 hingga 29 Mac, lima hari dengan lokasi yang menawan memberikan pelumba peluang beraksi sambil meneroka Apple Isle.

KTM Australia Adventure Ralli
KTM Australia Adventure Ralli

KTM Australia Adventure Ralli dibuka kepada Orange Adventure Riders. Pemilik model KTM 640, 690, 950, 990, 1050, 1090, 1090R, 1190, 1190R, 1290 dan 1290R. Perhimpunan bertujuan untuk menguji kemahiran penunggang, bagi yang pertama kali menyertai sehinggalah mereka yang berpengalaman.

Ralli 2019 KTM akan melalui beberapa tempat yang menarik di Kepulauan Tasmania. Antaranya Gunung Cradle, Pelabuhan Macquarie di Strahan, Queenstown, ladang Jacobs , Western Explorer, Fatman Ferry di Sungai Pieman, Semenanjung Freycinet dan Bay of Fires.

KTM inginkan setiap penunggang yang menyertai Ralli 2019 dapat menikmati keindahan panorama yang unik di Tasmania.

Laluan telah ditetapkan dengan pelbagai pilihan untuk penunggang. Laluan utama memberi peluang penunggang yang lebih santai dan kurang halangan daripada tahun sebelumnya. 

Ralli akan bermula di Cradle Mountain, sebelum menuju ke Strahan, Hobart, Swansea dan St Helens sebelum tamat di Launceston. Bermaksud penunggang berpeluang samada menggunakan feri atau kapalterbang untuk pengangkutan lojistik . 

2019 KTM Australia Adventure Ralli pasti akan menawarkan pengalaman hebat kepada jenama Orange Riders Adventure.

Pendaftaran akan dibuka kepada orang ramai pada jam 6.00 petang AEDT pada hari Khamis 1 November 2018. Mereka yang ingin mendapatkan maklumat pendaftaran perlu menghubungi wakil KTM Australia tempatan yang bertauliah.

Komen anda mungkin membantu