10 motosikal popular yang tidak lagi dikeluarkan

42

Model motosikal baharu yang lebih menarik dan canggih semakin banyak dipasaran menyebabkan model-model lama tidak lagi diingini.

Disini kami senaraikan 10 motosikal yang semakin tenggelam oleh model-model baharu yang lebih canggih dan berprestasi tinggi.

Suzuki GSX-R750

1. Suzuki GSX-R750

Adakah model  baharu Suzuki GSX-R750  bakal ditonjolkan di EICMA pada November nanti atau model ini bakal terkubur tak lama lagi? Ini kerana model ini tidak lagi diletakkan di mana-mana website Suzuki Eropah.

Triumph Daytona 675

2. Triumph Daytona 675

Terdapat khabar angin mengatakan model ini bakal digantikan dengan enjin 765cc baharu. Namun khabar berita ini masih belum dapat dipastikan buat masa ini.

Yamaha XT660Z Tenere

3: Yamaha XT660Z Tenere

Yamaha XT660Z Tenere yang dilengkapi dengan enjin silinder tunggal ini tidak lagi dikeluarkan. Namun begitu, model Terere 700 bakal dikeluarkan pada tahun depan.

Triumph Rocket III

4: Triumph Rocket III

Jentera ini dilancarkan pada tahun 2003 dan merupakan model yang paling gagah daripada Triumph. Ia dilengkapi dengan enjin 2.3 liter yang mampu menandingi Honda’s VTX1800 dan Kawasaki’s VN2000.

Kawasaki GTR1400

5: Kawasaki GTR1400

Kawasaki GTR1400 menggunakan teknologi tour-de-force sebelum Ducati dan BMW menggunakannya. Namun ia terus tenggelam setelah kemunculan jenama-jenama lain yang lebih canggih.

Yamaha XJR1300

6: Yamaha XJR1300/XJR1300 Racer

Zaman kegemilangan jentera ini telah pun berakhir beberapa tahun lepas namun ia dikeluarkan kembali pada tahun 2015. Namun begitu model ini tidak dapat mengekalkan kedudukannya di hati pengguna.

Yamaha VMAX

7: Yamaha VMAX

Ia tidak lagi dikeluarkan di Jepun sejak tahun lepas namun begitu ia masih ada dalam laman sesawang Amerika Syarikat sehingga sekarang. Ia masih ada di laman sesawang Eropah pada awal tahun ini namun begitu nampaknya ia telah dikeluarkan daripada laman sesawang itu pada pertengahan tahun ini.

Triumph Thunderbird

8: Triumph Thunderbird

Triumph Thunderbird dikeluarkan hampir sedekad lalu, namun kini ia tdak lagi dibina. Jentera ini kini digantikan dengan model The Speedmaster dan Bobber yang hampir sama dengan Thunderbird.

Triumph Trophy 1200

9: Triumph Trophy 1200

Model ini dilancarkan pada tahun 2012 namun begitu ia hanya mampu bertahan dalam pasaran selama enam tahun.

Yamaha SR400

10: Yamaha SR400

Yamaha SR400 merupakan antara motosikal yang paling lama dalam pasaran. Ia dilancarkan pada tahun 1978 dan merupakan jentera yang bertahan lama dalam pasaran Jepun. Ia tidak lagi dibina dan dikeluarkan di pasaran. Namun begitu, ia masih popular dan menjadi sebutan di Jepun.

 

Komen anda mungkin membantu