10 bakat muda ungguli Program Pembangunan Bakat Badminton KPM-Perodua

0

Program Pembangunan Bakat Badminton (PPBB) telah berlangsung di Kompleks Sukan EduCity, Iskandar Puteri, Johor Bharu pada 21 Oktober. Program ini merupakan usahasama selama lima tahun antara Perodua dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PPBB dilancarkan bersama dengan Perodua pada bulan Februari lalu. Program ini diadakan bagi mencari dan memupuk bakat badminton dalam kalangan murid sekolah rendah.

Selain itu program ini juga membawa harapan agar suatu hari nanti mereka bakal mewakili negara dalam sukan yang sangat dekat di hati rakyat Malaysia.

Tahun pertama program itu ditamatkan dengan perlawanan akhir peringkat kebangsaan di Kompleks Sukan EduCity. Perlawanan sengit antara 128 atlet murid sekolah rendah dari seluruh negara itu bermula dari 18 hingga 21 Oktober.

Lim Jun Lee (Pahang) dan Wong Au Mel (Kuala Lumpur) telah menjadi juara perseorangan bagi bawah-9. Lim Boon Le (Pahang) dan Saidatul Saadiah Muhammad (Sabah) untuk bawah-10, dan Loh Ziheng (Kedah) and Shaneesa Shahidi (Melaka) untuk bawah-11.

Baca:   Perodua Myvi catat sejarah lagi, lebih 100,000 unit terjual

Bagi kategori beregu yang hanya dipertandingkan untuk bawah-11 tahun pula telah dijuarai oleh Kee Is Qian dan Loh Ziheng (Kedah) untuk kategori lelaki. Manakala bagi kategori wanita, dimenangi oleh Avriel Alviera Azif dan Dania Sofea (Johor).

“Kini, dengan 2,800 orang atlet murid, 140 jurulatih, 70 pusat pembangunan badminton, empat peringkat kejohanan.  Lapan bulan kemudian, kita telah mempunyai 10 juara muda kebangsaan yang boleh kita banggakan,” kata Menteri Pendidikan YB Dr Maszlee Malik.

Beliau diwakili Pengarah Sukan KPM Dr Mehander Singh Nahar Singh di majlis penutup PPBB itu. Turut hadir adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh, pihak pengurusan Perodua serta wakil-wakil daripada Daihatsu Motor Company of Japan.

“Sebagai sebuah syarikat tempatan yang mengutamakan modal insan, selaras dengan slogan Building Cars People First, Perodua sentiasa bersemangat untuk terlibat dalam aktiviti dan inisiatif seumpama ini yang memberi banyak manfaat kepada rakyat,” kata Datuk (Dr) Aminar.

Baca:   Perodua terus tingkatkan rangkaian jualan

“Saya lihat kebanyakan kanak-kanak ini bukan datang daripada keluarga yang berada  dan mereka tidak pernah menyentuh raket badminton sebelum ini. Namun kini mereka sangat berdaya saing dalam kalangan rakan sebaya. Dengan kerjasama KPM yang dihargai, kami berpotensi mengubah kehidupan kanak-kanak ini.”

“Mereka telah diberi peluang untuk mewakili sekolah, daerah dan negeri.  Kami berharap mereka akan terus membanggakan Jalur Gemilang di kejohanan peringkat serantau dan antarabangsa di masa hadapan,” katanya.

“PPBB adalah satu usaha pendidikan holistik. Selain menggalakkan gaya hidup yang aktif dan sihat, para peserta dapat memupuk keakraban, kesukanan, saling menghormati dan semangat berdaya saing di sepanjang program in berlangsung. Nilai-nilai ini sukar diperolehi di dalam bilik darjah,” kata YB Dr Maszlee.

“Bakat, dedikasi dan potensi yang saya lihat pada atlet murid di usia muda ini, memberi saya harapan yang besar untuk masa hadapan badminton negara. Saya tidak sabar untuk melihat kembali era kegemilangan sukan ini,” tambah YB Dr Maszlee.

Apa kata anda?

avatar