Persoalan adakah Hafizh mampu untuk menewaskan Morbidelli?  ‘MALAYSIA BOLEH‘, Prinsip yang tersemat di setiap sanubari Anak Malaysia yang menyertai kejohanan peringkat Antarabangsa. Termasuklah Hafizh Syahrin tidak mudah menyerah kalah sebelum berjuang, seterusnya mengejar gelaran Rookie of The Year 2018.

Hafizh Syahrin di Kejohanan MotoGP
Hafizh Syahrin di Kejohanan MotoGP

Selaku anak Malaysia yang menempa nama di kejohanan MotoGP, kita masih berbangga dengan pencapaian Hafizh di Motegi, berjaya mendapat tempat ke 10.

Keputusan di Motegi, membolehkankan Hafizh mengumpul keseluruhan 34 mata serta berada di kedudukan ke 17 keseluruhan.

Perlumbaan berbaki 3 pusingan lagi sebelum MotoGP melabuhkan tirai 2018. Setelah menamatkan 16 perlumbaaan, Hafizh hanya tertinggal 4 mata dari pendahulu Rookie Of The Year 2018, Franco Morbidelli.

Kecemerlangan yang dipamerkan dalam dua perlumbaan pada bulan ini. Membuktikan kemampuan dan kesungguhan Hafizh dalam mengejar gelaran Rookie Of The Year 2018.

Baca:   MotoGP Thailand: Yamaha di depan

Apa kata anda?

avatar