Dodge Demon 8 saat 261km/j

14

SpeedKore Performance Group kini kembali lagi dengan binaan SEMA dan ia merupakan binaan yang paling hebat daripada syarikat itu. Jentera yang digunakan itu merupakan Dodge Demon 2018 yang mana enjinnya telah ditukar daripada enjin supercharged kepada enjin turbocharged.

Enjin yang digunakan mampu menghasilkan tekanan yang cukup untuk memberikan kuasa kurang daripada 1,400hp di flywheel. Manakala ia menghasilkan 1,203hp sewaktu ujian dyno.

Matlamat pembinaan ini adalah untuk menghasilkan Demon terpantas di dunia dan nampaknya seperti Speedkore mampu mencapai matlamat itu.

View this post on Instagram

Breaking more records! @leahpritchett_tf just ran a 8.77 @ 161 mph in a Dodge Demon. @leahpritchett_tf @diablosportllc @drag_ontuning @gearheadfabrications @speedkore01

A post shared by DiabloSport LLC (@diablosportllc) on

Demon hebat ini mencapai suku batu (0.5 kilometer) hanya dalam 8.77 saat dengan kelajuan 260.7 kilometer sejam (km/j).

Speedkore bukan sahaja fokus pada enjin semata-mata. Ini kerana mereka bukan sahaja pakar dalam membina enjin malah mereka juga pakar panel gentian karbon berkualiti tinggi.

Jentera ini menggunakan casis lengkap gentian karbon yang tidak di cat. Walaupun ia menggunakan warna gentian karbon yang asal, Demon ini tetap nampak menarik dan agresif.

Maklumat dan info yang lebih banyak bakal diperolehi di SEMA Show nanti. Nantikan maklumat lanjut daripada kami mengenai Dodge Demon ini.

Jom Baca:   Kia K900 dan Stinger dengan tayar "gergasi" dipamer di SEMA

Komen anda mungkin membantu