5 koleksi varian Kawasaki Ninja sepanjang zaman (1984-2017)

55

Kawasaki Ninja sudah diperkenalkan dan berada dipasaran sejak tahun 1984. Jentera popular itu sudah menampilkan pelbagai saiz enjin yang digunakan, format silinder dan kategori motosikal. Bermula daripada 125cc kepada 1200cc dan dipertingkatkan kepada varian Ninja H2 yang hebat.

5
Kawasaki GPZ900

Kawasaki GPZ900

Kawasaki GPZ900 boleh dikatakan sebagai abang sulung dalam keluarga Ninja kerana ia merupakan keluaran pertama Ninja pada tahun 1984. GPZ900 yang merupakan motosikal paling laju pada waktu itu mempunyai kuasa 115hp. Ia telah meletakkan standard yang sesuai sebagai sportbike.

Dilengkapi dengan enjin 908cc empat silinder, empat lejang memberikan ia kuasa yang tinggi. Ia juga dilengkapi sistem brek yang baik menjadikan ia motosikal dambaan remaja pada zaman itu.

4
Kawasaki ZX-9R

Kawasaki ZX-9R

Jentera ini pula dikeluarkan sedekad selepas GPZ iaitu pada tahun 1994. Walaupun menggunakan enjin yang kecil, kemajuan dalam teknologi membantu ia menghasilkan 143bhp. Jentera ini mampu mencapai kelajuan maksimum 282 kilometer sejam (km/j)

Kawasaki ZX-9R ini menggunakan enjin 899cc empat silinder. Walaupun Kawasaki ZX-9R tidak mampu menandingi kelajuan Suzuki GSX-R1000 ataupun Yamaha R1, ia masih berada dikedudukan yang baik kalangan motosikal berkelajuan tinggi.

3
Kawasaki ZX-10R

Kawasaki ZX-10R

14 tahun selepas kemunculan ZX-9R, Kawasaki mengeluarkan Kawasaki ZX-10R pada tahun 2008. Prestasi ZX-10R ini diperbaiki dari segi pengawalan dan pengendalian.

Jentera ini menggunakan enjin 998cc empat silinder menjadikan ia motosikal yang mendapat reputasi tinggi pada waktu itu.

2
Kawasaki Ninja H2

Kawasaki Ninja H2

Kawasaki Ninja H2 ini diperkenalkan pada tahun 2015 dan boleh dikatakan agak mahal. Walaupun begitu, harganya yang mahal setanding dengan prestasi dan ciri-cirinya yang bagus.

Ia menggunakan enjin 998cc supercharged empat silinder yang menghasilkan 210 bhp. Ia juga dilengkapi pakej pengawalan dan pengendalian yang mendapat tarikan ramai dipasaran.

1
Kawasaki Ninja 650

Kawasaki Ninja 650

Pada tahun 2017, Kawasaki Ninja 650 telah menggantikan model terdahulu iaitu Kawasaki ER-6F. Masih menggunakan enjin 649cc silinder berkembar selari sama seperti model terdahulu.

Enjin yang telah ditala daripada versi asal membuktikan kejayaannya dalam perlumbaan mini antara varian ER dengan Kawasaki Vulcan S. ia membuktikan Ninja 650 lebih lancar dengan kuasa pertengahan.

Komen anda mungkin membantu