Varian Chiron edisi terhad daripada Bugatti dikatakan bakal dipertontonkan di Geneva Motor Show pada March tahun depan.

Menurut sebuah laporan, syarikat itu dikatakan sudah memperlihatkan reka bentuk jentera itu dengan lebih awal kepada pembeli berpotensi untuk mendapatkan tempahan daripada mereka.

Mereka yang telah pun melihat jentera hebat ini menggelarnya sebagai ‘ground-to-ground missile’ (peluru berpandu).

Bugatti memaklumkan hanya akan membina sebanyak 20 hingga 40 unit Chiron yang lebih ringan ini. Ia masih akan dikuasakan oleh enjin W16 8.0 liter namun dengan prestasi yang lebih baik.

Ada khabar angin yang mengatakan bahawa Bugatti mempunyai sekurang-kurangnya tiga edisi istimewa Chiron yang masih dalam proses pembangunan.

Bugatti Divo yang telah dilancarkan
Bugatti Divo yang telah dilancarkan

Chiron yang bakal dipertonjolkan di Geneva itu juga katanya hampir sama dengan varian SS disebabkan peningkatan kuasa yang diberi kepadanya.

Komponen lebih ringan yang digunakan pada jentera itu juga mampu mengurangkan berat jentera dan membantu meningkatkan prestasi.

Baca:   10 kereta yang ditayang di Paris Motor Show

Bugatti nampaknya lebih agresif dalam mempromosikan varian Chiron sejak akhir-akhir ini. Tidak seperti kebanyakan edisi istimewa Veyron yang tidak mempunyai banyak pilihan warna yang unik, Chiron baharu hadir dengan beberapa pengubahsuaian yang jauh lebih menarik.

Sebagai contoh, berat Chiron Sport baharu telah dikurangkan sebanyak 18 kilogram dan menerima 10% suspensi yang lebih kukuh.  

Ia juga menerima ciri pilihan Sky View yang mana ia ditambah dengan panel kaca bertebat pada bahagian bumbung. Ciri ini membolehkan cahaya semulajadi memasuki ruang kereta dan dapat menambah kan ruang pada bahagian kepala.

Apa kata anda?

avatar