Adakah Yamaha akan menyinar di Motegi?  

57

Rossi dan Vinales menyajikan hasil terbaik mereka di Thailand setelah hampir setahun malap. Persoalannya adakah jentera Yamaha akan menyinar atau lebih laju di Jepun hujung minggu ini?

Memenangi tempat tempat ketiga dan keempat bagi pasukan Movistar Yamaha diibaratkan kembali ke kedudukan asal. Itulah yang dilakukan oleh pasukan Movistar Yamaha dengan keputusan yang memberangsangkan di Buriram.

Penghasilan yang pelik di Buriram atau Yamaha akan terus malap sehingga menyakitkan mata pengeluar Yamaha di Motegi hujung minggu ini?

Persoalan yang harus di jawab oleh pasukan Movistar Yamaha demi memulihkan maruah jenama Yamaha dari terus kecundang di negara kelahiran serta peminat yang fanatik. 

“Saya berharap dengan sepenuh hati bahawa kita boleh kuat. Di Buriram, saya fikir kita cepat kerana tayar dan trek, sekarang kita akan cuba di Motegi untuk memahami jika motosikal kita lebih baik, atau ia kerana litar tersebut.”, demikian keluhan Valentino Rossi.

Tetapi kenapa Yamaha begitu kuat di Buriram selepas begitu lemah untuk sekian lama?
Persoalan sehinga kini yang tiada jawapan dan menjadi teka teki buat peminat Yamaha.

Komen anda mungkin membantu