Taycan bakal menjadi kereta elektrik yang pertama dibina daripada pengeluar kereta sport Stuttgart. Ia menjanjikan teknologi bateri yang akan menetapkan standard baru dalam pengeluaran kereta.

Ia bakal menggunakan bateri berkuasa 800 volt yang mampu menghasilkan 350kW pengecasan pantas. Sistem ini bakal digunakan di Eropah sebagai sebahagian daripada projek IONTY.

Porsche Taycan
Porsche Taycan

Pengecasan selama empat minit dapat menyediakan jentera itu untuk bergerak sejauh 99.7 kilometer atau 402.3 kilometer dalam masa 15 minit pengecasan.

Ini kerana Taycan menggunakan sistem pengecasan pantas 800 volt Combined Charging System (CCS) yang terkini.

Sistem pacuan 800 volt itu juga dikatakan menghasilkan kurang tenaga haba walaupun ketika kegunaan di litar.

Penggunaan bateri 800 volt juga berikan kelebihan kepada jentera itu kerana kabelnya lebih nipis dan menjimatkan berat. Hal ini sudah pastinya membantu dari segi prestasi kelajuan kereta itu.

Baca:   Porsche 935 ‘Moby-Dick’ versi moden

Mungkin angka-angka yang disebut diatas bakal berubah dan dipertingkatkan lagi dengan teknologi bateri yang semakin berkembang pesat.

Apa kata anda?

avatar