Porsche 911 GT3 RS bernilai RM2.23 juta kini di Malaysia

24

Sime Darby Auto Performance (SDAP), pengimport Porsche di Malaysia melancarkan Porsche 911 GT3 RS baru-baru ini.

Harga asas jentera itu bermula dari RM2.23 juta termasuk semua cukai yang berkaitan dan jaminan selama empat tahun. Namun harga jualan itu tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

Porsche 911 GT3 RS
Porsche 911 GT3 RS

Porsche 911 GT3 RS baru ini dilengkapi dengan enjin enam silinder NA 4.0 liter ini mampu menghasilkan kuasa 383 kW (520 hp) dengan tork 470 Nm. Ia mencapai tahap kelajuan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 3.2 saat.

Jentera berkelajuan tinggi ini juga diperbaharui dari sisi aerodinamiknya yang lebih baik. Ia diberi sayap belakang baru berserta badan yang lebih lebar dan ringan bagi meningkatkan lagi prestasinya.

Selain itu, ia juga hadir dengan tayar baru yang bersaiz 263/35 di depan dan 325/30 di belakang. Manakala saiz rim yang digunakan pula adalah 20 inci di depan dan 21 inci di belakang.

Porsche baru ini juga hadir dalam dua pakej yang boleh dipilih iaitu pakej Clubsport dan Weissach. Pembeli boleh mendapatkan pakej clubsport tanpa sebarang caj tambahan. Ia hadir dengan roll cage, pemadam api manual, persediaan untuk suis pemati bateri dan tali pinggang six-point.

Jom Baca:   Pandu uji: Porsche Panamera 4 Sport Turismo – sedan dengan prestasi kereta sport [+ video]

Namun jika pembeli inginkan ciri yang lebih sporty, anda boleh memilih pakej Weissach dengan bayaran tambahan. Pakej ini hadir dengan penggunaan gentian karbon pada bahagian tertentu menjadikan ia 17 kilogram lebih ringan.

Komen anda mungkin membantu