City-Link Express pilih Isuzu

60

Baru-baru ini, Isuzu Malaysia Sdn Bhd secara rasmi menyerahkan sejumlah 141 unit trak komersialnya kepada syarikat City-Link Express (M) Sdn Bhd di kemudahan ‘Super Hub’ Isuzu di Bandar Saujana Putra, Selangor.

Penyerahan ini melibatkan 128 unit model ELF 4-wheeler (NLR77UEE), lapan unit model ELF 6-wheeler (NPR81UKH) dan lima unit model GIGA (GXR).

Trak Isuzu
Trak Isuzu

Penyerahan ini merupakan kesinambungan daripada kepercayaan dan jalinan kerjasama antara kedua-dua syarikat, sejak perjanjian pertama yang termeterai pada tahun 2011.

Selain itu, pemerolehan terkini ini mengukuhkan lagi flit pengangkutan sedia ada City-Link Express, yang sejajar dengan pelan pembukaan cawangan baru serata negara.

Unit baru ini juga dijangka dapat memastikan servis penghantaran yang pantas di samping mencapai kepuasan pelanggan.

Penyerahan Trak GIGA

Tambahan pula, penyerahan ini merupakan pembelian pertama untuk City-Link Express bagi model Trak ‘Prime MoverGIGA. Trak kontena (‘container’) ini sesuai untuk tugas-tugas pengangkutan muatan berat dan penghantaran jarak jauh. Disamping mempunyai rekaan casis yang bersifat teguh dan reka bentuk kabin yang aerodinamik.

Jom Baca:   Isuzu perkenalkan enjin RZ4E-TC Ddi BluePower baharu

Trak GIGA ini juga menawarkan keluaran enjin dan tork yang hebat, penjimatan minyak yang berkesan. Lantas menjadikan trak ini pilihan terbaik untuk pelbagai jenis perniagaan yang memerlukan pengangkutan jarak jauh yang lebih ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura, berkesempatan menyampaikan penghargaannya kepada pihak City-Link Express atas sokongan berterusan terhadap Isuzu Malaysia. Ini kerana sentiasa menjadikan rangkaian trak Isuzu yang teguh dan ekonomi sebagai pilihan utama mereka.

Nakamura percaya bahawa trak Isuzu yang baru diserahkan akan membantu City-Link Express memacu ke arah objektif dan misi perniagaan dengan penuh kejayaan.

Logo City-Link Express
Logo City-Link Express

Serahan kunci replika Isuzu kepada City-Link Express

Sebagai tanda penghargaan, Nakamura menyerahkan kunci replika, kain rentang istimewa dan sebuah replika model lori Isuzu kepada Dato’ David Tan, selaku Pengasas dan Pengerusi Eksekutif City-Link Express, disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ronald Tan dan juga Pengurus Jualan, Colin Tan. Selepas majlis penyerahan, para hadirin dibawa melawat sekitar fasiliti City-Link.

Jom Baca:   Isuzu perkenalkan enjin RZ4E-TC Ddi BluePower baharu

Atas jalinan kerjasama yang erat antara kedua-dua syarikat, Isuzu Malaysia juga akan menawarkan sesi latihan untuk para pemandu City-Link Express, yang akan merangkumi latihan produk dan penyenggaraan asas model GIGA GXR.

Trak Isuzu
Trak Isuzu

Sesi tersebut bertujuan untuk berkongsikan maklumat penting dan kefahaman mendalam agar para pemandu dapat mencapai kaedah pemanduan yang lebih ekonomi dan selamat.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian kenderaan Isuzu, sila hubungi 1-300-88-1133 atau layari www.isuzu.net.my.

Komen anda mungkin membantu