Yamaha YZF-R25 yang mirip dengan reka bentuk R1 ini sudah pasti diberi sentuhan dan nafas baru dari segi penampilannya berbanding model-model terdahulu.

Bagi memastikan kelajuan maksimum yang lebih tinggi, ciri aerodinamiknya juga diperbaiki. Manakala lampu hadapan dan belakang motosikal ini menggunakan lampu jenis LED.

Reka bentuk tangkinya yang berkapasiti 14 liter juga turut diubah suai yang tampak langsing.

Lebih menarik apabila ia didatangkan panel instrumen yang digunakan pula ialah unit LCD digital penuh lengkap dengan lampu shift light.

Model ini masih dikuasakan dengan enjin yang sama dengan model terdahulu yang masih dijual di Malaysia.

Ia menggunakan unit dua silinder selari 249cc DOHC penyejukan cecair serta kotak gear enam kelajuan yang sama. Enjin ini menghasilkan kuasa 35.5 hp pada 12,000 rpm dan 22.6 Nm tork pada 10,000 rpm.

Bahagian suspensi menerima perubahan yang lebih utama dimana jentera ini menggunakan fork terbalik emas di hadapan. Di bahagian belakang, monoshock yang digunakan ditala semula untuk memberikan lebih ciri sporty.

Selain itu, R25 ini tidak dilengkapi sistem ABS dan dipadankan tayar lebih besar berbanding sebelumnya.

Baca:   [VIDEO] Kompilasi motosikal Rossi dalam MotoGP (1996-2018)

Ia masih menggunakan rim 17 inci dengan saiz tayar 110/70 di hadapan, manakala 140/70 di belakang.

Apa kata anda?

avatar