Md Helmi Azman yang berjaya mengumpul 134 mata termasuk hasil dua gelaran juara dan tiga kali penamat di tempat kedua. Helmi tetap berwaspada dengan ancaman pelumba-pelumba tuan rumah termasuk pelumba wildcard dalam usaha untuk memungut mata maksimum.

Dia bakal memastikan hal itu dalam saingan Underbone 150cc Kejuaraan Motosikal Asia di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia. Perlumbaan itu bakal berlangsung pada 12 hingga 14 Oktober ini.

Berbaki empat perlumbaan dalam dua pusingan terakhir musim ini, Helmi kini 23 mata mengatasi rakan senegara, Md Izzat Zaidi Salehan (RCB Yamaha YY Pang Racing). Manakala, Ahmad Fazli Sham (ONEXOX TKKR Racing Team) ketiga berjaya mengumpul 88 mata.

Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia), pelumba tuan rumah pula memungut 81 mata berada di tempat keempat.

“Pelumba tuan rumah sentiasa mendatangkan ancaman kepada pelumba negara jika di Sentul termasuk pelumba wildcard. Mereka sudah biasa dengan keadaan litar ini dan ini memberi banyak kelebihan kepada mereka,” jelas Helmi

“Seperti musim lepas, saya berjaya menaiki podium dalam kedua-dua perlumbaan. Namun begitu, pelumba wildcard mereka, Richard Taroreh memenangi perlumbaan kedua manakala Wahyu turut menaiki podium dalam kedua-dua perlumbaan.”

“Selain itu, saya juga perlu lebih berhati-hati dan mengatur strategi terbaik bersama rakan sepasukan. Sebagai pendahulu, mesti saya menjadi perhatian untuk ditewaskan bagi memberi peluang pelumba negara mereka untuk merapatkan jurang.” tambahnya lagi.

Selamat maju jaya kepada pelumba-pelumba negara dalam mengharumkan nama negara pada perlumbaan akan datang. Nantikan berita selanjutnya daripada kami.

Apa kata anda?

avatar