Bersempena BMW Motorrad Nightfuel edisi kelima di Puteri Harbour Front, baru-baru ini, BMW Motorrad Malaysia menonjolkan model motosikal baharu mereka. Model yang ditonjolkan BMW Motorrad Malaysia itu ialah model BMW F 850 GS baharu.

BMW F 850 GS diberi nafas baru dengan enjin yang ditambah baik dan reka bentuk yang sporty. Selain itu, ia juga hadir dengan teknologi suspensi yang dioptimumkan serta keupayaan elektronik. Motosikal itu menjanjikan satu pengalaman offroad yang luar biasa.

Jentera itu dilengkapi dengan enjin 853 cc dua slinder. Ia menghasilkan 95 hp pada 8,250 rpm dan 92 Nm pada 6,250 rpm membuktikan keupayaan enjin luar biasa.

Aci engkol dengan keseimbangan pada tahap 90 darjah digunakan bersama interval pembakaran pada tahap 270/450 darjah.

Dilengkapi dengan transmisi 6 kelajuan dengan pacuan sekunder yang kini berkedudukan di bahagian kiri mampu meningkatkan prestasi tunggangan. Ia berfungsi untuk mengeluarkan bunyi yang berkuasa tinggi dan serba emotif, selain mampu mengurangkan gegeran.

Baca:   BMW M Performance kini ditawarkan pada motosikal S 1000 RR 2019

Reka bentuk BMW F 850 GS

Reka bentuk yang maskulin itu hadir dengan ciri-ciri yang ikonik seperti lampu depan asimetrik bersama flyline yang sinonim dengan GS.

Muncung hadapan GS dengan merentasi tangki menyerlahkan lagi perwatakannya yang sporty dan maskulin. Manakala rupa parasnya yang dinamik dapat dilihat dengan tempat duduknya yang lebih langsing hingga ke bahagian belakang.

Elemen yang lebih menarik pada jentera ini ialah modul cermin hadapannya yang boleh dikonfigurasi mengikut keinginan penunggang. Selain itu,tunggangannya juga dengan mudah boleh ditukar kepada tunggangan offroad atau biasa.

Tunggangan offroad diberi keutamaan apabila penambahbaikan dilakukan kepada keupayaan tunggangannya. Tiada lagi bucu berhampiran tangki dan tempat duduk yang boleh menyukarkan tunggangan.

F 850 GS menawarkan mod ‘Rain’ dan ‘Road‘ sebagai kelengkapan standard yang memenuhi kehendak penunggang. Mod Dynamic, Enduro dan Enduro Pro boleh dimiliki menerusi pakej tambahan Pro yang boleh disesuaikan mengikut keadaan jalan raya.

Baca:   BMW M Performance kini ditawarkan pada motosikal S 1000 RR 2019

Kluster instrumen baharu melalui paparan TFT 6.5 inci berwarna yang dapat memaparkan pelbagai informasi turut melengkapi jentera ini.

Penunggang dapat mengakses motosikal itu dengan mudah dan boleh membuat panggilan telefon mahupun memainkan muzik dengan sambungan pada telefon pintar.

BMW F 850 GS versi diimport sepenuhnya (CBU) dari Berlin itu akan berada di pasaran pada November ini. Manakala, harganya pula masih lagi belum didedahkan.

Bagi yang meminati BMW F 850 GS ini, nantikan maklumat tentang harga jentera ini daripada kami nanti.

Apa kata anda?

avatar